Saturday, October 23, 2010

Al~KisaHNYaaaa...



Ini kisah seorang budak perempuan berusia 1 tahun 9 bulan 22 hari....


Alkisahlah….bahawa tersebut la h kisah seorang budak perempuan bersama " TUALA BUSYUKNYAAAA "....Kemana sahaja dia pergi " TUALA " ini selalu menemaninya…walau berbagai wangian yang tersimpan dia tetap setia bersama tualanya…Sehinggakan kadang-kala akan terbit 1 perkataan dari bibir cumilnya " PENGSAN " dia masih tetap akan menghidunya...sambil tersengih-sengih membuatkan kita geram melihatnya…Walau kini, dia telah bergelar seorang " KAKAK " dia tetap akan bersama tuala busyuknya…
Walau pelbagai karenanya...Aku tetap menyayanginya...

Sunday, June 6, 2010

Bila bicara tentang hidup...
memang sukar untuk di ungkapkan..apakah erti sebenarnya kehidupan ini..

Kadang kala amat membosankan..
Adakalanya penuh warna warni..

Bahagia bila bersama, Sedih bila di tinggalkan, Sunyi bila sendiri, Riang Gembira bila ada yang Menggembirakan..Lumrah HiDuP akan SeLaMaNya begini???

Ketawa bila ingin Ketawa..
Menangis bila ingin Menangis..

Saat ini aku ingin Menangis kemudian tertawa Riang..heee
Pasti itu yang lebih baik buat diriku..




Sunday, May 9, 2010

SeLaMaT HaRi Ibu

Selamat " HARI IBU "..Buat semua ibu-ibu yang berada di mana jua anda berada..
Istimewa buat ibuku " Happy Mother's Day "..I LOVE YOU MUM..Sayang mama selamanya..Terima kasih atas segalanya..Tanpumu, ku rasa tak berdaya untuk terus hidup di atas muka bumi ini..Mama adalah no 1 in my heart..Tiada gantinya..
Tidak di lupakan juga buat kak long yang telah bergelar seorang ibu " Happy Mother's Day "..my sister..Semoga kakak menjadi seorang ibu yang baik, bertanggungjawab, penyayang, baik hati, lemah lembut..Seorang isteri yang taat pada suaminya, sayang pada keluarganya..
Kakak adalah yang terbaik ku miliki..I LOVE YOU SIS..

Jalan-Jalan...

Bestnya, hari ini pakcik and makcik belanja makan laksa kat kuala kedah..Ingatkan makan laksa je, rupa-rupanya..makan satay lagi..sedapnya satay tu..Laksa tu pun sedap juga. orang dah belanja semua sedap..makan free kan..hahaa ( Jangan jeles ya )..
Kami bertolak pada jam5.20..Singgah sebentar ke jeti..Jalan-jalan makan angin..Cuci mata..Subahannallah Ya Tuhan ku..Cantiknya..Selama 4 tahun belajar kat insaniah, inilah first time aku datang kat sini..Nasib badanlah hari ini, ada orang mahu belanja..Sampai juga kat Kuala Kedah ni..
Baik sungguh pakcik and makcik ni, hari tu bawa makan kat rumah..Lepas tu bawa makanan kat rumah sewa makan sama-sama..Petang tu, hantar kawan kat station keretapi..Oleh kerana masalah yang tidak dapat dielakkan, tiket pada hari itu dibatalkan..itu yang pergi shahab, beli tiket bas..Kesian kat dia.huhu..singgah sebentar untuk minum petang lagi..Cuti-cuti ni, keja..makan..makan dan makan..Tak patut sungguh..hahaa
Terima kasih yang terhingga buat pakcik and makcik..Selalu belanja kami.heee..Suka sangat..

Wednesday, May 5, 2010

Aku BerHaRaP..D.I.A

Dulu, dia seorang yang periang, lasak, selalu buat aku ketawa, walau kadangkala di buat hati aku panas, selalu menangis. Tapi itulah dia..Takkan mudah berputus asa, bercita-cita tinggi, dan seorang yang kuat..
Kini, segalanya bagaikan semuanya nampak muram dan lesu, tiada keriangan yang terpancar di wajahnya..Matanya yang sangat redup menceritakan derita yang dialaminya, walau aku tidak tahu apakah punca sebenarnya. Hanya yang kelihatan, wajah yang buat hati aku jadi sedih dan pilu..Kenapa jadi begini??? Semuanya berubah dalam sekelip mata..Aku tertanya-tanya di mana silapnya, bila ianya bermula..
Bagaimana harus aku buktikan, bahawa aku sangat menyayanginya untuk selamanya. Aku tidak berdaya untuk melakukan sesuatu. Aku cuma harap, dia tabah, kuat menghadapi segalanya. Semoga suatu hari nanti ALLAH tunjukkan jalan baginya..
Sekuat mana pun aku, aku hanya insan biasa yang hanya mampu berdoa untuknya. Agar segalanya berlalu dengan cepat dan akan kembali seperti dulu..
Walau dia tidak menyanyangiku. Aku mahu dia tahu bahawa semua orang sayangkan dia. Termasuklah aku. Kerana dia amat berharga, yang membawa kebahagiaan dalam hidupku..

Tuesday, May 4, 2010

CeriTa HaRi Ini..

Penat sangat hari ini, pagi tadi pergi pejabat pos..Barang banyak sangat, itu yang kena pos..Ditemani pakcik Isa bersama isterinya ( Pakcik tuan rumah sewa yang sangatlah baik )..
Sedar tak sedar, hampir 2jam kami di pejabat pos..Ini semua kerana aku, bila dah sampai giliran aku..Ada pula masalah timbul..Nasiblah badan bukan " bigproblem ".. Kalau tak..Silap hari, silap bulan berjam2 lah kami semua kat sana..Masalah.. Ceritanya bermula begini.." ketika giliran aku, time tu, tukar syif dah..mula-mula tu, ada seorang pakcik yang keja kat situ..memandangkan kejanya hanya setakat waktu tu, pakcik pun balik kemudian di tukar oleh seorang " Makcik "..Rupa-rupanya, makcik ni, kitaorang kenal sangat.. Dulu, sebelum makcik tu keja kat sana, dia keja kat pos office dekat dengan pekan rabu tu.. Alih-alih makcik tu dah pindah kat situ..Apalagi dah kenal, buatlah cara kenal kan..Sopan santun kan budaya kita..Dipendekkan cerita, sembang punya sembang, akhirnya selesai..Makcik tu tanyalah kita " semuanya 6 kotak kan? pos laut? "..Aku jawablah: ya.Tapi satu kotak kecik tu kita guna pos udara..Makcik tu kata: "kenapa tak register?? Aku yang tak faham ni buatlah muka kesian kan..Makcik tu kata lagi: " Makcik dah silap, ni sembang punya pasal, makcik tak perasan..Aku pa lagi buat muka sepuluh sen la..haha..Aku kata ngan makcik tu: " Macam mana ni makcik?kotak yang kecik tu saya nak hantar cepat..Kesian kat orang tu..Makcik dengan senyuman manisnya kata: " kesianlah kat ihsan tu, sat gi teriak..haha..Aku jadi malu taw..dahlah time tu, ramai orang kat sana, pastu ada dua orang budak sedang buat praktikal kat situ siap gelak-gelak lagi..huhu..tambah2lah malu ku ni..Akhirnya, dengan usaha makcik tu, masalah dapat di selesaikan..Huh! Leganya..
Selesai semuanya, untuk membalas jasa baik pakcik yang telah banyak menolong kami semua..Maka dengan itu kami telah menjemput pakcik dan makcik untuk makan tengahari bersama ( Makan di luar jak pun ) hehee..Aduiiiiiii..lapar sangat time ni..Dari pagi tak makan satu benda pun..
Makan punya pasal, kami bersetuju agar pakcik dan makcik membuat pilihan untuk mahu makan di mana..Setelah lama mencari, akhirnya pakcik memberhentukan keretanya di sebuah kedai makan..Malangnya, lauk-pauk dah habis..So, terpaksalah cari tempat lain..Kami meneruskan pencarian, mencari destinasi yang hendak di tuju..
Nun jauh disana, di seberang jalan, berhadapan dengan sebuah sekolah yang memang masyhur dan terkenal kat kedah ni ( SEKOLAH MAKTAB MAHMUD )..Kelihatan sebuah kedai makan ( kedai makan tepi jalan )..Dengan langkah yang laju,kerana terlalu lapar..memilih makanan kemudian menjamu selera..hmmmm..sedapnya kari ikan tenggiri..
Usai, mengisi perut..kami meneruskan perjalanan..haha( macam nak pergi jauh lah pula )..Padahal dekat situ je..Cari masjid untuk menunaikan kewajiban sebagai seorang HAMBA ALLAH yang beragama " ISLAM ". Ke mana pun kita pergi, ingatlah kewajiban kita..
Setelah selesai semuanya, tiba-tiba nak pergi bandarlah pula..hahaaa..So, sekali lagi nak minta perkhidmatan pakcik untuk tolong hantarkan kami ke pekan rabu..
SHOPING..JALAN-JALAN..MAKAN..CUCI MATA..
walaupun penat sangat, kaki tetap melangkah pergi..menuju mencari destinasi yang menarik..puas sudah berjalan dan memcari barang yang diperlukan..Balik..dah penat sangat..dah tak larat..hehee..
Setakat ini sahaja untuk kali ini.Ok..Semoga terhibur..Walau tak terhibur, terimakasih kerana sudi membacanya..k.daaaaaaa..See u AGAIN..

Monday, May 3, 2010

ReHLah..

Bersama teman-teman pergi ke Bukit Ayer..
Jeritan yeah!yeah!yeah!
Gembiranya terasa riang di hati ..
Dengan menaiki van yang di sewa oleh teman2ku..

Ketika mana aku post pic-pic comey ni..Ianya dah berlalu hampir sebulan yang lalu..
Rehlah bersama teman-teman untuk di jadikan sebuah kenangan yang terindah..
Walaupun dah lama berlalu, terasa baru jak berlaku semalam..

Indahnya saat ketika itu..Seronok sangat..Pemandangan hijau yang begitu mendamaikan..Air terjun yang kering kontang..( hahaa )..Aku tak pernah rasa sebahagia begini ( pada waktu itu )..hehee



Baru mahu bertolak..Tersadai sekejap..Van buat hal..Tiba-tiba tak muatlah pula.hehee

Antara teman2 yang datang bersama..( Girl )




Teman2 ( BoY ) yang turut bersama ke rehlah..





Posing maut..Sampai jak terus ambik gambar..Dengan pelbagai gaya dan ragam..




Apa yang buat aku bahagia sangat, dapat meluangkan masa bersama teman-teman..Makan bersama, ketawa bersama, masak-memasak bersama, bergambar bersama, sembahyang bersama..Itulah yang paling berharga sekali..


Buat pertama kalinya aku, dipilih memegang jawatan sebagai " Timbalan Pengarah "..Bila fikir balik kan..Macam tak percaya jak..Mimpi kali.haha


Sebenarnya banyak lagi gambar nak upload..Line tak ok..Mood pun hilang..Lain kali kita upload ya..

ok..Daaa..Itu sahaja untuk kali ini..Assalamualaikum..Salam satu perpaduan..Dadaaa..Sayang semuanyaaaaaaaaaa.












































Sunday, May 2, 2010

A.D.I.K


Aku punya A.D.I.K.

Seorang yang sangat baik, prihatin, kadang kala menghiburkan. Adik, taklah comel, tapi kawaiiiiiiiiiiiiiii sangat.hahaa


Seorang yang amat manja. Buat kakak selalu risau. Risau pasal apa?? Sebab adik selalu lewat makan.


Bila fikir tentang adik, semuanya baik-baik sahaja, semuanya menjadi indah. Buat hati kakak jadi senang dan gembira.


Memang best sangat punya adik. Adik yang memahami, ambil berat, pendengar yang setia, buat kakak tambah sayang dengan adik.


Kadang kala kakak bertanya sendirian: " Adakah adik akan sayang kakak, ingat kakak untuk selamanya?" Mustahil..Kerana adik punyai kehidupan sendiri.


Kakak tak minta apa-apa.. Cuma kakak harap adik akan bahagia, gembira, sihat selalu.


Walau adakalanya adik buat kakak runsing. Adik tetap adik kakak.

Walau sayang macam mana sekalipun.

Kakak sedar, kakak bukan siapa-siapa pun.


Kakak bersyukur sangat di berikan kesempatan untuk mengenali diri adik.

Adanya adik hidup kakak lebih bermakna. Kakak menjadi lebih kuat. Memberikan semangat untuk kakak terus meneruskan perjalanan ini.


Terima kasih A.D.I.K

Saturday, May 1, 2010

MaHu CeRiTa JuGa..

2 hari lalu, hanya Tuhan jak yang tahu..apa yang ku rasakan pada waktu tu..
Alhamdulillah.. hari ni, rasanya dah ok sikit..hehe..
Kalau nak ikut sangat, rasanya mahu tidur jak..Tapi bila di fikirkan, banyak benda nak di buat..Kenalah semanagt sikit..gagahkan juga diri ni..Kalau tidak..Xkemaslah barang2 semua tu..Dan alamatnya, tak sembuh2lah..Manja sangat, TU YANG PENYAKIT SUKA..So, kena kuatkan semanagt, jangan ikut sangat hati dan perasaan tu..
Kalau bukan diri sendiri yang jaga, siapa nak tolong jagakan..Sendiri mahu ingatlah..Sudah besar panjang, pandai fikir sendiri..
Lagipun, bila teringat barang yang x kemas lagi, buat aku rasa sakit hati..Bukan sakit pasal apa..Eyalah, nanti x pasal2 tertinggal..Kan haru namanya tu?? Siapa yang susah?? Diri sendiri juga kan..
Mahu x mahu, kena kemas juga..Best pa kemas2 barang ni..Esok lusa mahu pos dah..
Banyaknya barang mahu di pos..huhu
Sebenarnya banyak benda mahu cerita..Tapi rasanya, buat masa ni, setakat ni jelah..kuang2..

Thursday, April 29, 2010

Kawaiiiiiiiiiiii

Comey tak?? Ni lah hadiah yang Aku dapat time Zikrayat MaLam UnTaian Kasih 2010...
KuliYah Bahasa Arab TaHun 4..
kawaiiiiiiiiiii...Thanks so much...
Mulanya, Sedih sangat dapat hadiah ni...Bukan tak bersyukur...Eyalah bila tengok member-member lain semua dapat present best2...jeles juga hati ini...But, bila tengok 2,3 kali ok juga...comey sangat...kuang2...
Lagipun benda ni, bukannya tak boleh pakai kan...Boleh simpan macam2 lagi...
Makanya, hargailah pemberian orang lain...Walau tak seberapa, ianya amat bermakna...Belum tentu hadiah yang kita bagi ngan orang, mereka akan suka ( renung2kan selamat beramal )...


BuaTMu YaNG TerisTiMeWa




Zikrayat malam untaian kasih 2010...


Membawa seribu makna dalam hidupku..


Terciptanya sejuta kenangan yang baru...




Buat Teman sekalian...


Terima kasih yang tak terhingga...


Menciptakan kenangan yang amat indah sekali...


Tidak pernah ku merasa sebahagia begini...




Teman yang disayangi...


Perginya dikau bersama semangat perjuangan...


Kenangan manis tetap terpahat dijiwa...


Takkan mati layu dimamah usia...




Walau manis umpama gula...


Perpisahan pasti terjadi jua...


kenangilah aku dimana jua dikau berada...


Doa restu bersama selalu...


Mengapa perpisahan sering terjadi?? Adakah kerana adanya pertemuan..Maka perpisahan itu terjadi??
Tapi benarkah perpisahan itu hanya untuk insan-insan yang bercinta, berkasih sayang??
Semuanya ini adalah dusta semata-mata...
Sering kita mendengar ungkapan ini, " Setiap pertemuan pasti ada perpisahan "...Tapi setiap yang berpisah pasti akan bertemu jua pada suatu ketika nanti...Kerana ini yang dikatakan sebagai takdir dan jodoh...Walaupun ketika itu jasad dan roh telah terpisah...Kita harus terima kenyataannya...
Aku dah tak sanggup, tak tahan dengan semua ini...
Aku redha dan pasrah, mungkin ini semua ada hikmah di sebalik apa yang terjadi...
Ingatlah Ya Rabb amat adil dan DIA maha mengetahui segalanya...Apa yang terjadi ini, pasti ada kemanisan, kebahagiaan yang tersembunyi...

SaJaaaaaa...

Kenapa ek??sukar sangat untuk aku terima kenyataan bahawa aku dah habis belajar...
Kenapa ek??sukar sangat nak terima bahawa lepas ni, aku akan kerja tanam anggur...Duduk rumah...Buat semua kerja yang dah lama ku tinggalkan...

AKU..Bukannya tak nak...
AKU..Sebenarnya suka...

Masalahnya...

Takkanlah selamanya aku akan lakukan sendiri lagi...Ini memang ADIL...

Kerana...Aku dah lama tinggalkan...
Kerana...Aku memang suka buat kerja-kerja tu...
Kerana...Aku punya kerja, memang yang tu...

Walau apa pun yang ku katakan semuanya...Tak kan berubah...Aku telah memilih jalan itu...

Saturday, April 24, 2010


25 april 2010.......

Usia yang meningkat benarkah mendewasakan???? aku pernah ajukan soalan ni kepada teman-teman baik ku.. Lain orang, lain jawapannya..Rambut sama hitam, hati lain-lain..Selalu apa yang kita sangka x selalunya tepat..


Bila umur kita dah meningkat seharusnya segala perlakuan kita akan berubah..Tapi betul ke???? Kadang-kadang aku merasakan diriku ni terlebih matang..Ada pula, orang kata aku ni, xkan matang sehinggalah aku mendirikan rumah tangga..hahaaaaa..kelakarlah..macam maw guling-guling atas tilam jak..wakakaaa ( ketawa jahat ).


Tapi bila dah dewasa, apa yang kita lakukan semuanya menjadi serba x kena..Ni x boleh, tu lagi x boleh..Semuanya tu, sebenarnya mengajar kita untuk belajar lebih bersabar..Menilai mana yang x baik, mana yang terbaik untuk kita..



Ibubapa mana yang x bimbangkan anak???? X sayangkan anak???? Maybe adalah juga, tapi aku???? Amat bertuah sekali, punyai ma & pa serta family yang amat menyayangi diriku..Pa selalu kata, aku adalah anak yang xkan buat hatinya risau..pandai jaga diri, berdikari, dan yang paling penting..xkan mudah terpengaruh ngan orang..betul ke sampai macam tu sekali???? Terharunya..( rasa macam maw mengalir jak airmata ni )..Pa kata, satu yang xkan ku tinggalkan untuk selamanya adalah tangisanku..Walau macam mana kuat sekalipun, benda mudah, setiap kalinya aku akan mengalirkan air mataku..Adakah tu bermakna aku sangat lemah???? Satu pesan Pa, menangislah jika itu yang akan membuatkan hati anakanda ini bahagia..Tapi jangan sesekali menangis kerana benda-benda yang bodoh ( kerana di tinggalkan sang kekasih )..hahaaa



Bila di imbas kenangan lalu, benar tekaan Pa, setiap kali telefon..belum pun sempat maw bersuara, tangisanku akan mendahului dahulu..Malu tetap la malu, dah besar panjang..malulah skit..Bahkan Pa pernah kata, " Pa ingatkan lepas dah tinggal asrama ni, ndalah nangis uda..ni bertambah alunan adalah "..aku hanya mampu tersenyum..


Entahlah, aku pun xtaw kenapa airmata ni, cepat benar menitis jatuh ke pipi..

Pa merupakan orang yang paling dekat dengan aku selepas Ma..Aku sayang Pa lebih dari segalanya..kerana Pa, aku berada di sini, Pa..ingin sangat aku menjadi seorang yang boleh di banggakan..Tinggi sangat harapan Pa...




mY dad mY hero..SaYanG wo ai BaPa..
Pengorbananmu xkan ku sia-siakan..
Memberikan aku segalanya..
Hingga aku menjadi insan yang baik..
I LOVE U DAD..




Ma.. adalah yang terpenting selepas Pa..hahaaa..Ma yang melahirkan, membesarkan, mendidiku sepenuh jiwa raganya..Pengorbanannya amat besar sekali, xkan dapat ku bayar dengan wang ringgit walau berjuta-juta..




Ma..yang memberikan aku semangat, ada di kala aku memerlukan, tempatku meluahkan segala rasa resah, gelisa di dada..


Ma..kasihmu bawa ke syurga..
Senyumanmu mendamaikan jiwa yang keresahan..
Nasihatmu bekalan hingga ke akhir hayat..
I LOVE U MUM..




Hari ni, pakcik isa, makcik, kak ruby, abang nazim and baby mohammad datang kat rumah sewa..Gembiranya tak terhingga..dah tu, bawa nasi ayam lagi. Tambah-tanbahlah gembiranya kami..

Time tu, aku tengah tengok cite ADAMAYA online kat tv3..hehe. Suka sangatlah cite tu..feeling bangat..hahaaa..Noey kat sebelah aku, tengah syok baca buku..Esokkan dia exam..heee ( Sorry boboo Noey ), bukan mengumpat ya..mengata jak..hee:)..maaf ya BOss..

NOey tu, sebenarnya merangkap boss aku..hehe..aku ni, terasalah macam P.A nya..Best taw..Ada bos mcm noey tu..

Kembali pada topik asal....

Ingatkan pakcik hantar nasi ayam tu jak, rupanya..ada sesi bergambar lagi..eyalah dah tahun lastkan..Pakcik sekeluarga memang BeST sangat..sayang pakcik isa..

Sebelum sesi bergambar, sembang-sembang la ngan makcik dan kak ruby..Dan yang paling best lagi baby mohammad datang..Dah besar dah mohammad..umur dah masuk 6 bulan berat 8.5 kilo..Berat la juga..Nasiblah badan ku yang kecil ni dapat menampung berat badannya..hahaa..kalau x..Jatuh anak orang..

Sembang punya sembang, sedar x sedar..Cepatnya masa berlalu pakcik sekeluarga dah nak balik dah..Tapi x pa la..Boleh jumpa lagi, pakcik ngan makcik jemput datang ke rumah untuk kali terakhir kami berada di tanah melayu ( Alor Setar, Kedah )..

x taw la, bila la agaknya dapat datang kat sini lagi..InsyaALLAH konvo nanti datang laaaa...Doa restu semuanya.

kami sempat merakamkan sekeping gambar bersama..walaupun hanya sekeping ianya amat bermakna bagiku...
* Maaflah yeee..pic 2 x dapat rotate..heee..jumpa lagi:)

Kenapa ek??? dua hari ni, badan lemah jak..terasa macam mahu demam..haha..x demam lagi pun..rasa sedih pun ada..kalau x tahan, dah lama air mataku menitis ke lantai.kuang2..entahlah maybe, kerana x lama lagi balik kg untuk selamanya.. Tu yang rasa sedih sangat..memang sedih sangat bila fikirkan perpisahan yang akan terjadi, perpisahan memang menyakitkan..

Kalau ikut kan hati memang x maw fikir benda-benda macam ni, tapi tu lah kenyataannya..Perpisahan pasti terjadi jua..Setiap pertemuan pasti ada perpisahan..betul tak???

Kenangan yang terindah..takkan ku lupakan..

Nak tahu x??? Ketika aku menulis coretan hati ini, airmataku menitis tanpa di duga..Malu pun ada juga..Apa xnya, noey sebelah tu....asyik jeling-jeling jak, dah tu bolehnya dia gelak-gelak..xsuka laaaaaaa...noeyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy p la hang study, esokkan exam.hahaaaa

Kenapa ya??? Hatiku lain macam jak..berdengup x seperti biasanya..laju semacam jak..nak tanya noey segan la pula..Adakah ini yang di namakan C.I.N.T.A???

Oh tidak!!!!!no..no..no..jangan salah sangka ya..ni bukan pasal cinta ya.. Ni adalah kisah diantara kau, aku, dia dan kamu..heee:)

Thursday, April 15, 2010

TeRiMaKaSiH

Sedar tak sedar, usiaku dah nak mencecah 23 tahun. Hanya ada beberapa hari lagi..Terima kasih Tuhan, memberikan aku kesempatan hidup yang begitu panjang.. Terima kasih buat mama dan bapa kerana anda berdua, aku ada di dunia ini..Syukur Alhamdulillah..Terima kasih buat semua yang membuat aku merasa bahagia, gembira, di sayangi dan menjadikan hidup ini lebih bermakna..Takkan ku persiakan peluang yang di berikan...

Saturday, March 13, 2010

CeriTaria

Assalamualaikum..

Hari ini boring betul macam mahu nangis jak, duduk rumah tidur, makan. Semalam tidur awal dari jam7 sampai jam10malam. Mungkin kerana penat yang amat sangat jadilah macam tu. Sebenarnya ceritanya macam ni, petang hari khamis tu pergi hostel, di mana sahabatku ipa ( bukan nama sebenar ) tinggal. Disebabkan latihan coral speaking pergilah diriku dengan seorang sahabatku yang famous di panggil sebagai ley ( dia ni pompuan ) sajalah mahu bagitahu, nanti ada yang salah sangka pula. Kami bertolak pada jam7. Sedar tidak sedar rupanya sampai sudah. Tertidur dalam bas lagi.

Dipendekkan cerita, lepas isyak tu, bermulalah latihan sampailah jam11 malam. Time tu memang mengantuklah sudah. Tapi bila sampai di bilik, segar bugarlah pula. saya dengan ipa pun tengoklah satu cerita yang bertajuk " MARYAM ". Memang bestlah cerita ni, mengisahkan tentang Maryam dan Nabi-nabi terdahulu. Sedar tidak sedar jam menunjukkan jam3 pagi, dalam kekusyukan menonton tu, aik???tergantung lah pula cerita ni ( tidak habis di copy barangkali ). Terpaksalah tidur.

Paginya saya telah mendapat message yang berbunyi lebih kurang macam ni:

Salam. hari ni ada latihan nasyid pada jam10. bertolak pada jam9.30. latihan akan diadakan di kampus utama.

Sem ni, tidak tahulah kenapa lah semangat betul. Nasyid, Coral speaking, dua2 saya masuk ikut. mungkin kerasa lastsem sudah kan. Itu yang semangat betul 2. he:)..Kalau bab2 macam ni, usahkan di tanya, comfirm ikut.( walaupun suara tidak sedap )..hahahaaa

Dipendekkan cerita lagi, setelah selesai latihan kami pun bersurai untuk mengisi perut yang kosong dan menunggu masuknya waktu sholat zuhur. Pada jam 2 prtang kami diarahkan oleh ketua kumpulan untuk bersiap sedia, kerana sebentar lagi saringan akan di adakan untuk menentukan siapa yang akan ke final.

Akhirnya penantian yang ditunggu2 tiba, kumpulan kami layak ke pusingan seterusnya. Gembira betul time tu, tapi apa yang mahu di hairankan tiap2 tahun masuk final. Kerana terlalu gembiranya kami, apa lagi pekena ABC laaaaa. Makan ramai-ramai di medan, dan apa yang tidak akan saya lupakan, berkongsi makan dengan kawan2. Memang best sangat time tu..apatah lagi keadaan pada ketika itu, hujan renyai2..terasa bagaikan medan tu, kami yang punya.. Makanya ada pepatah yang mengatakan " tak kenal maka tak cinta, dah kenal baru kita tahu tingginya langit dan bumi "...begitulah juga hidup ini, jika kita tak kenal seseorang tu, hanya melihat pada luarannya sahaja, selalunya kita akan beranggapan dia ni seorang yang sombong, tidak mesra dan sebagainya.. Tapi bila dah kenal, kita rasanya kita dah kenal dia bertahun-tahun lamanya..itulah yang saya rasakan ketika itu. kita kawan tapi kita tak kenal.



bersambung.....

Tuesday, February 23, 2010

PerinGaTan UnTuK DiRiKu...

Salam satu malaysia..
assalamualaikum...
Kerana kesibukan dan jadual yang sungguh padat.( sebenarnya tidak lah padat sangat ) ..saja buat-buat busy...he..assignment yang bertimbun-timbun tidak pernah sudah-sudahnya membuatkan hatiku sering mengalami tekanan..hahaha...tapi tiak lah teruk sangat..siapa suruh buat kerja last minute...ni lah padahnya...so, sendiri mahu ingatlah kan...lagipun besar sudah kan???pandai-pandailah jaga diri.. jangan asyik busy body jak..
Aik???busybody ke??? jangan salah sangka pula ye...bukan busy body yang tu...he...hairan jugalah, kenapalah sem ni, malas makin menjadi-jadi...tapi ni ok lagi. pergi kuliah hari-hari...tapi bila bab-bab buat bahas, menghafal..malas betul...mahu jadi apa lah diri ini..saya pun tidak tahu lah..kalau di teruskan perangai macam ni..kirimsalam jak laaaa...
Buat diri, yang sedang leka...sedarlah, sedarlah engkau....jangan biarkan malas menguasai diri mu...

Thursday, February 18, 2010

SeJeNak KITa FiKiRKan..

hari-hari yang ku lalui terasa begitu cepatnya masa berlalu..tanpa ku sedari umur ku dah pun mencecah 22 tahun dan sekejap lagi akan genaplah umur ku 23tahun...oh! tidak..aku dah pun semakin tua..hahaha....
dan tanpa kita sedari, pengalaman kehidupan ini sebenarnya mengajar kita untuk menjadi lebih dewasa..memahami apa erti sebenarnya kehidupan ini...dan untuk menjadi orang yang lebih berdikari, berwawasan dan bercita-cirta tinggi, apa yang kita perlukan dalam kehidupan ini, untuk menjadi orang yang terbaik..
adakah menjadi orang yang berjaya, dihormati, mempunya pangkat dan harta menjadi impian semua orang???
dan adakah itu yang dinamakan sebagai orang yang telah berjaya??? adakalanya, tanpa ku sedari dilubuk hati kecik ku bertanya " apa sebenarnya yang aku mahukan dalam hidup ini?"
berjaya?? membahagiakan hati orang tua...mendapatkan pekerjaan yang baik atau apa??? atau cukupkah sekadar memberikan mereka wang yang banyak tanpa mempedulikan mereka..itu sudah memadai???
renungilah dan fikirkan semula..apa sebenarnya yang kita mahukan dalam hidup ini...perjalanan hidup ini masih panjang dan penuh dengan cabaran dan dugaan yang harus kita tempuhi..
insyaALLAH semoga kita masih diberikan kesempatan hidup yang panjang diberikan kesihatan untuk mencapai cita-cita dan harapan. semoga hidup ini akan lebih diberkati dan di redhai ALLAH S.W.T..amin..

Wednesday, February 17, 2010

SaHaBaT

hari ini aku bersendirian lagi. sambil menatap bulan bintang di langit gelap. alangkah indahnya pertemuan dikala itu. terimbau kembali kenangan indah bersamamu. gelak, tawa sering kedengaran menemani di setiap hariku. aku merasakan pada ketika itu, akulah insan yang paling bahagia. tanpa ku hiraukan apa pun yang terjadi di sekeliling ku...
hidupku umpama pelangi yang menyinar setelah hujan menghilangkan dirinya. begitulah keadaan ku ketika itu..bahagia tanpa duka yang sering menemani ku sebelum hadirnya dirimu...
alangkah indahnya berteman kerana fi sabilillah..alangkah manisnya ukhuwah yang terbina atas dasar berkasih sayang kerana Nya...
Teman, engkaulah sahabat..kawan yang selalu menemani ada untukku dikala aku sangat memerlukan mu. tanpa keluhan di bibirmu engkau akan selalu menghiburkan aku dikala aku dalam kesusahan, kesengsaraan, derita yang menodai liku-liku perjalanan hidupku..
tanpamu disisi ku aku lemah hilangnya arah dalam mencari erti sebenar kehidupan yang penuh ranjau onak duri yang akan membinasakan kita..
Dalam setiap doaku semoga ukhuwah yang terbina ini akan kekal selamanya...InsyaALLAH..

RaTu KeKaSiH HaTiKU..

Mama mengandungkan saya selama sembilan bulan. dengan penuh kasih sayang dan kesabaran menanti saat kelahiranku. terpancar kegembiraan di wajah sang ayah. menanti bila agaknya saya akan dilahirnya. alangkah indahnya terasa dunia ini. rumahtangga yang di bina sekian lama akan berseri lagi dengan kehadiran baby comel yang akan diberi nama Sabirah..
Sayalah baby comel yang dimaksudkan. hehe..Alhamdulillah setelah sekian lama menanti, saya pun dilahirkan dengan selamat dan penuh kesyukuran. dilubuk kecil hati mereka berdoa, semoga anak yang akan lahir ini menjadi seorang insan yang berguna pada keluarga , masyarakat, jua negara..
Mendidikku tanpa rasa jemu. walaupun kadang-kadang tak tertunai segala apa yang di impikan. saya merasa sungguh bertuah kerana mempunya mama dan bapa seperti mereka..
Setelah 22 tahun berlalu seusia diriku ini. kini, saya telah dewasa. baru ku sedari betapa besarnya pengorbanan mama dan bapa. hinggakan tak ternilai dengan wang ringgit. begitu sucinya kasih sayang yang telah dilimpahkan.
Melihatkan wajahnya yang sering terukir senyuman manis, membuatkan saya merasa bahagia sekali. walaupun adakalanya ketika dalam keadaan sengsara, derita..tak sedikit pun di pamerkan nya..
Andainya mereka pergi sebelum ku, pastinya hidup ini tak lagi bermakna buatku. kerana mereka, hidup ini menjadi lebih bermakna dan penuh dengan warna-warni kebahgiaan.my mom, my sweetheart..my dad, my hero in my life..forever n ever!!!!

Tuesday, February 16, 2010

CoreT-CoreT....

erm..tahun ni..sedar x sedar dah 4tahun rupanya.umur pun semakin meningkat. tapi perangai x ubah-ubah lagi.huhu...so, bila nak berubah????
bukannya buat jahat pun. biasa la 2, kita kan hanya manusia biasa. kadang-kadang pasti akan melakukan kesilapan..
sedih rasanya, bila terkenangkan segala memori yang tercipta akan di tinggal kan. pasti ku kenang dan simpan di dalam lubuk hati ku..

SinGGaH SeBenTaR

kadang-kadang kita tak sedar bila waktunya kita melakukan kesalahan..adakalanya kita sedar apa yang telah kita lakukan..lumrah manusia susah untuk mengakui kesilapan..apatah lagi mengucapkan kata "maaf"..kerana ego manusia amat tinggi sekali..biasalah mahu jaga maruah lah kononnya..apa orang kata, nanti jatuh standard..
saya pun terfikir juga, kenapa manusia ni susah betul mahu mengakui kesilapannya..sudah tu, kadang-kadang pura-pura tidak tahu lagi. yang ni satu hal...dah buat salah tu, minta maaf lah. tapi sebaliknya pula, kita yang tidak buat salah, kita yang kena minta maaf...ada juga orang macam tu rupanya...hehe
yang ni lagilah pelik bin ajaib..dia yang buat salah, kita yang minta maaf..sudahnya dia tak mahu pula maafkan kita..kenapa ya???agaknya dia malu kali kan...tapi tak pa lah..difahami juga tu...ok lah kalau orang faham..kalau tidak faham macam mana pula tu???sebab saya pernah buat macam tu dan pernah terkena...jangan ikut perangai ni..tidak bagus dan tidak manis...haha...buat-buat tidak tahu jak lah kan...lagi aman damai...ini lagilah teruk...tapi betul kah buat macam tu, hati kan jadi tenang???rasanya lagi tambah jiwakacau adalah...
sepatutnya, sekurang-kurangnya minta maaf lah...lega lah hati..walaupun tidak dimaafkan..apa boleh buat lah kalau macam tu...yang penting hati ikhlas dan benar-benar mahu meminta maaf...
memafkan orang tu kan, sifat yang mulia....lagi di sukai..tapi seboleh-bolehnya, kita sesama manusia tak kira bangsa, agama, budaya elakkan lah diri dari bersengketa, dengki- mendengki, hasut-menghasut, benci-membenci, dan yang paling dasyat lagi fitnah..akhir kalam, saling berpesan-pesanlah dan saling ingat-mengingatilah sesama kita..ini bukan sekadar menasihati juga untuk memperingati diri sendiri yang selalu lupa, lupa dan lupa.....




bersama my sweetheart..Arianah Zafrah..sayang arianah..love u, love auntie Sabirah...

langkah pertamaku...

assalamualaikum...

first time blogging..test-test..