Wednesday, May 5, 2010

Aku BerHaRaP..D.I.A

Dulu, dia seorang yang periang, lasak, selalu buat aku ketawa, walau kadangkala di buat hati aku panas, selalu menangis. Tapi itulah dia..Takkan mudah berputus asa, bercita-cita tinggi, dan seorang yang kuat..
Kini, segalanya bagaikan semuanya nampak muram dan lesu, tiada keriangan yang terpancar di wajahnya..Matanya yang sangat redup menceritakan derita yang dialaminya, walau aku tidak tahu apakah punca sebenarnya. Hanya yang kelihatan, wajah yang buat hati aku jadi sedih dan pilu..Kenapa jadi begini??? Semuanya berubah dalam sekelip mata..Aku tertanya-tanya di mana silapnya, bila ianya bermula..
Bagaimana harus aku buktikan, bahawa aku sangat menyayanginya untuk selamanya. Aku tidak berdaya untuk melakukan sesuatu. Aku cuma harap, dia tabah, kuat menghadapi segalanya. Semoga suatu hari nanti ALLAH tunjukkan jalan baginya..
Sekuat mana pun aku, aku hanya insan biasa yang hanya mampu berdoa untuknya. Agar segalanya berlalu dengan cepat dan akan kembali seperti dulu..
Walau dia tidak menyanyangiku. Aku mahu dia tahu bahawa semua orang sayangkan dia. Termasuklah aku. Kerana dia amat berharga, yang membawa kebahagiaan dalam hidupku..

No comments:

Post a Comment