Sunday, May 2, 2010

A.D.I.K


Aku punya A.D.I.K.

Seorang yang sangat baik, prihatin, kadang kala menghiburkan. Adik, taklah comel, tapi kawaiiiiiiiiiiiiiii sangat.hahaa


Seorang yang amat manja. Buat kakak selalu risau. Risau pasal apa?? Sebab adik selalu lewat makan.


Bila fikir tentang adik, semuanya baik-baik sahaja, semuanya menjadi indah. Buat hati kakak jadi senang dan gembira.


Memang best sangat punya adik. Adik yang memahami, ambil berat, pendengar yang setia, buat kakak tambah sayang dengan adik.


Kadang kala kakak bertanya sendirian: " Adakah adik akan sayang kakak, ingat kakak untuk selamanya?" Mustahil..Kerana adik punyai kehidupan sendiri.


Kakak tak minta apa-apa.. Cuma kakak harap adik akan bahagia, gembira, sihat selalu.


Walau adakalanya adik buat kakak runsing. Adik tetap adik kakak.

Walau sayang macam mana sekalipun.

Kakak sedar, kakak bukan siapa-siapa pun.


Kakak bersyukur sangat di berikan kesempatan untuk mengenali diri adik.

Adanya adik hidup kakak lebih bermakna. Kakak menjadi lebih kuat. Memberikan semangat untuk kakak terus meneruskan perjalanan ini.


Terima kasih A.D.I.K

No comments:

Post a Comment