Sunday, May 1, 2011

RianG Ria Bersama

Hari ini masuklah 2 mei 2011..Cerita ini adalah cerita pada 1 mei 2011 bersempena dengan hari buruh.

Tidak di sangka-sangka, apabila seorang teman mempelawa aku ikut bersama mereka " Jalan-jalan cari makan "..

Akupun apalagi, sudah ada orang yang sudi, sebesar padang bola aku tadahkan menerima pelawaannya itu..
Bersama-sama dengan 6 orang teman yang lain aku mengajak
mereka untuk ikut serta dalam aktivitiku untuk kali ini..Seronok dan gembiranya mereka hanya ALLAH yang maha tahu. Eyalah bukan selalu dapat berjalan dengan aku ni.hahaaa..


~ Terharunya ~

Terharu sangat-sangat, walaupun hari lahirku sudah seminggu berlalu, masih ada orang yang mahu meraikannya.

Ingatkan mereka tidak akan sekali meraihkannya, rupanya aku tersilap..TERIMA KASIH banyak ye..Sayang korang semua.


~ Kek Hari Lahir ~
SweeT MemorY Kak Ira & ziha


Lepas makan kek, makan Pizza pula. Bestnya ada orang belanja


~ Di antara gambar-gambar yang diabadikan ~

TERIMA KASIH, SYUKRAN, THANK YOU, ARIGATOH !! Luv U all..Always in my HEART

Saja-Saja jak!!!

Kerana terlalu suka sangat baca novel, aku sanggup mengorbankan masa tidurk semata-mata untuk menghabiskan satu buah novel dalam sehari..

Akhirnya apa yang terjadi padaku??? Jatuh sakit??? Oh! tidak..tidaklah sampai ketahap itu..Cuma keadaan ini membuatkan k merasakan terlalu letih yang teramat sangat..Demi novel aku sanggp korbankan apa sahaja ( maksudku~ aku sanggup untuk tidur )..

Dua hari ini juga, aku begitu sibuk dengan undangan pertemuan dengan kawan-kawan yang begitu berat ntuk melepaskanku pergi..Apa dayaku untuk menolak semua pelawaan ini???

Sebenarnya, walaupun jadual aku begitu padat aku cuba untuk memuaskan hati semua orang agar tiada yang terkecil hati olehku..Aku cuba untuk melakukannya..

Gembira sangat kerana dapat meluangkan masa bersama insan-insan yang bermakna dalam hidupku..Walau hanya bertemu seketika, aku amat bersyukur punyai teman-teman seperti mereka..

Oleh yang demikian aku selalu mengingatkan diriku agar ~ Hargai dan Sayangi orang yang menyayangi kita ~ Jangan sesekali sakiti hatinya walau kita tidak menyayanginya, sekurang-kurangnya hargailah apa yang mereka telah lakukan untukmu..

Friday, April 29, 2011


glitter-graphics.com




Suka SanGaT


Kenapa kita perlu sayang pada diri kita??

Kenapa kita perlu cinta pada diri sendiri??

Kenapa kita perlu kasih pada diri sendiri??


Kerana diri kita adalah hak kita, bukan hak sesiapa pun..Jadi kita berhak untuk SAYANG, CINTA, KASIH pada diri sendiri..

Orang yang tidak menghargai diri sendiri adalah orang yang tidak tahu mensyukuri nikmat yang telah di berikan..

Sedangkan kita begitu mudah untuk mencintai, menyayangi orang lain..Mengapa tidak pada diri sendiri??

Hargailah diri anda sepertimana anda menghargai orang lain..Bagaimana kita mahu menyayangi orang lain, jika kita tidak tahu mencintai diri sendiri??

Alangkah ruginya orang yang tidak tahu mengasihi diri sendiri..Oleh yang demikian jagalah diri anda sebaik mungkin sepertimana anda menjaga orang lain..

Saturday, April 23, 2011

KehilanGan..

Beberapa hari lalu, suatu kejadian yang tidak pernah ku duga menimpa keatasku..Kejadian ini menjadi satu kenangan yang amat sukar akan ku lupakan..
Sendirian di rantau orang, menjadikan aku menjadi lebih dewasa ( betul ka tu??? ).. Hariku di temani tangisan dalam ketawa.. Aik?? gila ka apa 2?? hahaa

Memang payah betul hidup sendiri kan?? Dalam kehidupan sehari-hari kita amat memerlukan seseorang di sisi kita tidak kiralah dia itu siapa di dalam hidup kita..
ISTIMEWA or TIDAK..Itu bukan titik persoalannya..

Kenyataannya, kita perlu melibatkan orang lain dalam apa juga keadaan, urusan ataupun apa2 lah..hee..Walau kita boleh hidup sendiri..Tapi sampai kapan lamanya?? Pasti suatu saat ketikanya kita perlukan orang lain dalam meniti kehidupan ini..

berbalik pada cerita sebenar yang ingin ku kongsikan bersama, agar semua yang ada di luar sana sentiasa berhati2, dan jangan sesekali lalai..Kerana kejadian ini berpunca dari diriku sendiri iaitu LALAI..

Tidak pernah ku bayangkan, tidak pernah ku impikan kejadian seumpama ini akan terjadi pada diriku..haha..Bila di ingat kembali..

Malunya aku saat itu hanya Allah yang Maha Tahu..Saat itu, aku hanya mampu menangis, menangis dan terus menangis...Tapi inilah yang di katakan dugaan..Bila Allah sayangkan hambanya DIA akan mengujikan kita dengan pelbagai ujian yang bisa kita tempuhi..

Walau sukar kita tempuhi pasti ada manis di akhirannnya nanti..Bersabarlah, bersangka baiklah padaNYA kerana DIA lebih tahu apa yang terbaik buat hamba-hambanya.Sebagai fitrah manusia kita akan selalu diuji..Ingatlah bahawa Allah selalu bersama dengan orang-orang yang sabar...Jangan mudah melata, Muhasabah diri dan Ishlahkanlah diri agar menjadi insan yang lebih baik...InsyaALLAH..Bersama kita perbaiki diri jangan pernah untuk menoleh kebelakang..

Wednesday, April 13, 2011

OzilomeY

Sejak kehadiran Ozil dan Omey di dalam hidupku. Hidupku kian bertambah ceria, bahagia seumpama insan yang sedang hangat bercinta..
Kerana kecomelnya, telatahnya bisa membuat kita tertawa bila terlihat akannya..
Indahnya dunia kerana adanya OZILOMEY si kembar yang lincah..
Walau adakalanya membuat hati kita sedikit panas dek di ganggu ketika tidur. Tetap akan ku sayang si kembar itu..
Bila penat bermain, tertidur di mana sahaja..Bila terbangun, mulalah ianya bising kerana lapar..Begitulah sehari-hari ragam telatah si kembar..Sayang tidak berbau, tabiatnya yang satu menjadi satu sungutan teman serumah..
Si kembar telah membuang air kecil di atas selimut sang teman ketika mana aku sedang tiada di rumah..
Si kembar hanya makhluk yang tidak punya akal fikiran yang sama seperti kita insan yang bergelar manusia.
Sayangi mereka seperti anda menyayangi keluarga. sahabat, teman, kawan, jiran dan masyarakat yang sayang pada anda..

Sunday, March 27, 2011

Walaupun dalam urusan CINTA, Kita jarang sangat MENANG,

Tetapi ketika CINTA itu TULUS, Meskipun kelihatannya kamu KALAH,

Tetapi sebenarnya kamu MENANG kerana kamu dapat BERBAHAGIA sewaktu kamu dapat MENCINTAI seseorang lebih dari kamu MENCINTAI diri kamu sendiri...

Akan tiba saatnya dimana kamu harus berhenti MENCINTAI seseorang,

Bukan kerana orang itu berhenti MENCINTAI kita,

Atau kerana ia tidak MEMPEDULIKAN kita,

Melainkan saat kita menyedari bahawa orang itu akan lebih BERBAHAGIA apabila kita melepaskannya,

Tetapi apabila kamu benar MENCINTAI seseorang,

Jangan dengan mudah kita MELEPASKANNYA, berjuanglah demi CINTAMU...
FIGHT for your DREAM!

Kadangkala, orang yang kamu CINTAI adalah orang yang paling MENYAKITIKAN hatimu,

Dan kadangkala, teman yang membawa di dalam bahagianya...

Dan MENANGIS bersamamu adalah CINTA yang tidak kita SEDARI sebenarnya...

Itulah CINTA yang SEJATI..

Bukannya seperti prinsip " Easy Come.. Easy Go...




Inginku Luahkan Segalanya..

You treat me like a rose
You give me room to grow
You shone the light of love on me
You gave me air so I can breathe
You open doors that close
In a world where anything goes
You gave me strength so I stand all
Whitin this bed of earth, just like a rose

And when I feel like hope is gone
You gave me strength to carry on
Each time I look at you
There’s something new
To keep our loving strong

I hear you whisper in my ear
All of the words I long to hear
Of how you’ll always be here next to me
To wipe away my tears

And now I finally found my way
To lead me down this lonely road
All I have to do, is follow you
To lighten of my load


Adakalanya kita merasa tapi tidak melihat. Dan apabila kita melihat kita pasti dapat merasakannya..Inilah apa yang ku alami sejak akhir ini-ini..

Dulu...
Aku terbiasa dengan gelak tawa, senda gurau insan yang bergelar seorang sahabat, teman, kawan selamanya. Ketawa, menangis bersama. Bila berjauhan masih terasa.

Kini...
Aku sendirian menempuhi hidup ini, bukan bermakna tiada teman yang menemani, tapi tidak akan sama seperti dulu. Kerananya aku menjadi lebih berdikari, ingin selalu berdiri dengan dua kaki sendiri tanpa bantuan orang lain.
Walau begitu, aku masih perlukan mereka. Tanpa mereka aku tidak akan sekuat hari ini untuk menempuh jalan hidup sendiri. Walau bagaimana pun, walau sahabat amat kita perlukan, jangan pernah melupakan bahawa ada keluaraga yang amat mengambil berat tentang diri kita lebih dari seorang kawan. Kerana mereka juga punyai tanggungjawab sendiri. Keluarga mahupun sahabat, teman, kawan selamanya mereka amat bermakna dalam hidup kita walau hanya seketika cuma, jangan pernah melupakan mereka.
Sayangi hargai mereka walau mereka tidak pernah menghargai dirimu. Keikhlasan dan kesabaran itu pasti amat indah dan manis sekali.
Jangan salahkannya bila dia mula melupai dirimu. Bersangka baiklah padanya pasti itulah yang akan membuatmu rasa bahagia.




Saling mencintailah hanya kerana ALLAH,
Saling menyayangilah hanya kerana ALLAH,
Saling membahagiakanlah hanya kerana ALLAH,
Kerana hanya ALLAH-lah yang dapat menimbulkan
rasa CINTA, KASIH SAYANG dan KEBAHAGIAAN tersebut..

Maka yang demikian Bahagiakanlah dirimu dan berkongsilah rasa bahagia itu.
Kerana bahagia sebenar adalah daripada ' Jiwa kehambaan ' yang sejati..

Ketika CINTA menyapamu,
Jangan silau dengan indahnya dia,
Tetapi lihatlah apakah CINTA itu,
Akan membuatmu semakin dekat
kepada ALLAH atau tidak. ( Karya Ahmad Khalil Jum'ah )

" CINTA yang terpuji ialah CINTA yang mendatangkan kepada pemilik CINTA itu hal-hal yang memberinya manfaat di dunia mahupun di akhirat. Maka CINTA yang seperti ini merupakan muara sebuah KEBAHAGIAAN.
Adapun CINTA yang tercela adalah CINTA yang mendatangkan kepada pemiliknya hal-hal yang membawa kepada kerugian dunia dan akhirat. Dan CINTA semacam ini adalah SUMBER PENDERITAAN dan DUKA LARA. ( Imam ibnu Qayyum )

Nabi Muhammad S.A.W telah mewasiatkan :

" Janganlah kamu menikahi wanita kerana KECANTIKANNYA, Mungkin sahaja kecantikan itu membuat kamu hina. Jangan kamu menikahi wanita kerana HARTANYA atau TAKHTANYA, Mungkin sahaja harta atau takhtanya membuat kamu melampaui batas. Akan tetapi nikahilahWANITA kerana AGAMANYA. Sebab, seorang hamba wanita yang SOLEH, meskipun buruk wajahnya adalah lebih utama ". ( Ibnu Majah )

Wednesday, February 9, 2011

Sekadar Meluahkan

Aku tak harap sangat ada orang akan membaca blogku ini. Sekadar mengisi waktu yang terluang, berkongsi bersama yang sudi..

2, 3 hari ini, aku asyik tertanya-tanya dan berfikir wujud lagi tak ‘ PRINCE CHARMING ‘ di muka bumi ini?

Ini semua gara-gara sejak aku membaca sebuah novel bertajuk ‘ PRINCE CHARMING.’ Sejak itu otakku hanya memikirkan pasal ini..

Kerana novel ini aku terjatuh cinta pada jalan ceritanya, menarik hinggakan aku tersenyum tergelak sendirian..

Kalau ada orang melihat keadaan ku pada waktu itu, pasti mereka akan fikir: kenapa perempuan ni? Gila ke apa? tapi aku tak kisah. Pedulilah apa orang nak kata. Betul tak? Aku bukannya kacau hidup mereka pun. Hanya mencari kegembiraan, kebahagiaan diri sendiri..

Aku, bila dah baca satu-satu novel, mulalah berangan sana-sini. Membayangakan watak-watak pada novel tu. Sehinggakan adakalanya aku akan mencari pelakon-pelakon kat Malaysia ni, siapa lebih sesuai. Hinggakan pening aku di buatnya. Siapa suruh buat kerja bodoh kan??

Berbalik pada perbahasan kita pada kali ini, bertajuk wujud lagikah ‘ PRINCE CHARMING ‘ di muka bumi ini?

Pada pendapat saya, itu semua melihat pada individu itu sendiri, sebagai seorang manusia ( wanita ) yang telah di ciptakan hati dan perasaan berhak untuk melabelkan semua itu..

Dan selalunya ‘ PRINCE CHARMING ‘ ini akan dikaitkan dan di tujukan pada jejaka-jejaka kacak, kaya berharta, sempurna dari segi segalanya. Aku tak setuju pada pandangan ini. Semua ini terpulang pada orang yang menilainya.

Berkata tentang diriku ini, aku ini bukanlah seorang yang berjiwa jiwang dan romantic. Pada aku apa yang aku rasai, aku sebenarnya seorang yang sukar untuk melafazkan kata cinta pada seseorang. Ini menguatkan lagi yang aku ni betul. Kerana sebelum ini, aku bukannya tak pernah berkenalan dengan seseorang yang bergelar lelaki, perasaanku pernah berdetik juga. Cuma yang aku tak suka bila, baru sahaja kenal dah tunjuk lagak bagaikan kita ni milik mereka. Suka memaksa. Yang itu aku memang tak boleh terima.

Hinggakan lelaki-lelaki yang aku kenali ini, pernah berkata: sebanyak-banyak aku kenali perempuan, tak pernah jumpa perempuan macam ni. Hati batu. Sampaikan begitu sekali?? Bila aku fikir kembali, mungkin benar kata mereka. Mereka sebenarnya tak berhak kata begitu. Sepatutnya mereka fahami dan hormat, mungkin kita ada alasan sendiri. Mengapa kita buat macam tu. Aku tak kisah.

Orang dah tak suka, janganlah paksa-paksa pula. Betul tak? Terutama bila ianya berkait rapat dengan hati dan perasaan. Geram sangat bila kita berterus-terang mereka akan buat-buat tak faham pula. So, kadangkala kita terpaksa menyakiti mereka.

Kenyataan ini terbukti bahawa aku memang berhati batu bila seseorang yang amat kita rapat atau lebih dikenali sebagai bestfriend forever ( bff ) menyatakan perkara yang sama. Yanh aku ni, memang berhati batu. Haha..

Dari sudut bicara tentang CINTA. Aku akui.mungkin benar pernyataan ini. tapi taklah 100%..50-50? Mungkin? Kena ingat, aku masih seorang wanita dan perempuan yang punyai perasaan. Kalau betul aku ni, seorang berhati batu tak mungkin aku bermadah pujangga. Setuju atau tidak?

So, mungkin aku sedang menanti ‘ PRINCE CHARMING ‘ yang akan membawa dan mengajarku erti CINTA SEJATI..bila? dimana?

Aku tetap akan menantinya penuh sabar. Hanya DIA yang MAHA MENGETAHUI SEGALANYA, kerana CINTA itu adalah satu anugerah ALLAH kepada HAMBAnya..

Wah! Bila berbicara tentang hati dan perasaan beginilah jadinya. Semuanya akan menjadi INDAH belaka. Begitu hebatnya. Hebat ke?

Kerana kejadian ini, aku berkata pada diriku : aku takkan mencari CINTA, biarlah CINTA itu datang sendirinya.

Kerana…

CINTA

Adalah ketika kamu menitikkan air mata,

Tetapi masih peduli terhadapnya

CINTA

Adalah ketika dia tidak mempedulikanmu,

Kamu masih menunggu dengan setia

CINTA

Adalah ketika dia mulai mencintai orang lain

Dan kamu masih bias tersenyum sambil berkata: “ Aku turut berbahagia untukmu..

Kejam sangatkah aku? Menolak dan melukai insan yang tulus mencintai? Aku hanya ingin sendiri seketika ini.

Itu bukan bererti aku akan membenci CINTA. Berikan ruang untuk aku sendirian dan memikirkannya. Dimana silap dan kurangnya.

Aku paling tak suka bab ni, bila mataku tak mahu terpejam. Mulalah aku bermadah, bermonolog sendirian. Masa inilah idea tu datang berlumba-lumba. Kelakarnya.

Aku berpesan pada diriku, jangan terlalu agungkan CINTA yang tak mungkin kekal selamanya. Akan membuat jiwa merana dan kita akan merasakan semuanya seakan telah berakhir untuk kita.

Kita melupakan DIA yang telah menciptakan kita, kerana terlalu leka atas CINTA yang hanya semetara.

Berwaspadalah..

Wednesday, January 19, 2011



Buat Seorang Insan yang AMATKU
SAYANGI, CINTAI, KASIHI, HORMATI selamanya..


Ketika aku memandangnya
Terlihat garis-garis halus yang terukir di wajahnya
Tanpa dia sedari, aku menyedarinya
Bahawa dia semakin dim amah usia


Garis halus yang kelihatan
Bukti perjuangannya membesarkan aku
Tanpa rasa penat dan lelah
Membanting tulang untuk mencari sesuap rezeki


Tiada keluhan di bibirnya
Membuatkan aku kagum padanya
Adakah aku akan menjadi sepertinya??
Tabah menghadapi segala keperitan, kesengsaraan hidup

Kasihnya padaku tiada berbelah bagi
Menyayangiku setelus Hatinya
Walau adakalanya aku menyakiti hati Tuanya
Dia tetap tersenyum manis
 
Pengorbanannya buat diriku
Amat banyak sekali tiada terhitung
Walau beribu berjuta wang ringgit yang dihulurkan
Tidak akan terbalas segala jasanya


Dia akan ku SAYANGI
Akan ku CINTAI
HORMATInya dan KASIHInya
Selamanya…


Dia lah HERO ku
Kekuatanku di kalah aku sedang jatuh
Memberikan aku Semangat untuk teruskan perjuangan Hidup ini
Hingga ke titisan terakhir


Dia yang amat bermakna BUATku..
Seorang insan yang bergelar Seorang BAPA..
SARANGHEA..I LOVE U..WO AI NI..
Uhibbuka ya ABI..


Aku memohon padaNYA..
SEMOGA DIBERKATI, DIRESTUI HIDUPNYA..
DIPANJANGKAN LAGI USIANYA..
HIDUP GEMBIRA, BAHAGIA SELALU..
DAN BERIKAN AKU KESEMPATAN UNTUK MEMBAHAGIAKAN MEREKA

" Ya ALLAH, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan ibu bapa kami, serta kasihanilah ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa kecil."
" Ya ALLAH, ya Tuhan kami, ampunilah sekalian muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, yang masih hidup dan yang telah mati."

~ SELAMAT HARI LAHIR BAPA ~
AKU SAYANG..RINDU KAMU
TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA..
SAYANGILAH KEDUA IBUBAPA
KITA HARGAI SAYANGI SELAGI MEREKA MASIH DI SISI..

Wednesday, January 5, 2011

SuKa Aku...

Aku tidak pernah merasakan seperti ini sebelumnya. Melihat pada pandangan matanya aku terjatuh..terjatuh cinta pada kali pertama mungkin??? Melihat pada raut wajahnya, terukir senyuman manis di bibirnya. Aku kelu, tidak terkata. Adakah ini yang dikatakan CINTA PANDANG PERTAMA??
Walau aku pernah bercinta, inilah kali pertama aku merasakan ada sesuatu yang tersembunyi di dasar hati. Yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. SUBAHANALLAH. Maha suci ALLAH. Akhirnya aku temui cinta sejatiku..
Tak pernahku duga. Akhirnya ku temui di saat aku sangat perlukannya..tapi benarkah inilah dia CINTA SEJATIKU?? Aku tidak mahu aku tersalah pilih, mungkin ianya adalah CINTA, tapi bukan CINTA SEJATI. Adakah ini hanay cinta berlandaskan nafsu?? Cinta sejati bila mana seseorang mencintaimu dengan tulus dan ikhlas berlandaskan syariat lillahi Taala.
Untuk jatuh cinta pada seseorang memang amat mudah dan adakalanya ianya menjadi amat payah kerana adanya CINTA PERTAMA yang tak akan kita lupakan, kerana janji yang kita bina bersamanya kita sanggup korban perasaan kita. Menutup rapat untuk orang lain. adakah ianya benar-benar tulus suci dari hatimu ketika bersamanya??? Aku pernah malalui semua itu. Aku seorang yang amat mudah untuk jatuh cinta pada seseorang. Walau tidak mengenalinya dengan sedalamnya. Bila mana dia mengambil berat tentangku, aku terharu. Tapi semua itu bukanlah cinta. Aku sedari kini. Hatiku Cuma terusik bila mana ianya sudah lama terbiar sepi tanpa penghuni. Kita sangat mudah untuk TERJATUH..
Andai kata itu yang terbaik buatku, Engkau telah ciptakan untukku. Aku pasrah segalanya. Kebahagiaan itu pasti boleh di cari, di pupuk kemudian di semai. Pasti suatu hari nanti akan menjadi seperti bunga-bunga yang kembang megah di seluruh alam ciptaanMU. KEHIDUPAN ITU UMPAMA BUNGA cinta itu bagaikan MADU.
Andai kata dia bukan milikku,bukan yang terbaik buatku, Egkau jauhkanlah dia wahai TUHANku yang maha mengetahui segala yang tersurat dan tersirat. Kerana CINTA itu pastikan hadir jua suatu hari nant. Percayalah bahawa CINTA HAKIKI ITU HANYA PADA DIA yang MENCIPTAKAN ALAM SEMESTA ini. Cinta manusia, manusia pasti akan mati suatu masa yang telah di janjikan. Cintai bunga, bunga akan layu..
Terimalah dia yang mencintaimu dengan sepenuh jiwa yang sanggup berkorban apa saja. Asalkan mengikut syariat yang telah di tetapkan..
Cinta memang amat sukar difahami. Kerana Cinta kita pada keluaraga berbeza pada cinta kita terhadap sahabat, kawan, teman , kekasih mahupun cinta kita pada seorang suami dan anak-anak. Ada ketikanya bila kita menyukai seseorang tak bermakna kita menyintainya tapi kita menyayanginya..antara suka, cinta dan sayang???, serupa tapi berbeza..misalnya: aku suka dia, tapi aku tak cinta, aku sayang dia, aku suka dia tapi aku tak cinta..aku cinta dia aku suka dia, aku sayang dia..berbeza tidak???
Cinta adalah anugerah TUHAN yang terindah. Andai anda mendapatkannya jagalah ia sampai kapan pun sehingga ke akhir hayat usiamu..