Sunday, March 27, 2011


Ketika CINTA menyapamu,
Jangan silau dengan indahnya dia,
Tetapi lihatlah apakah CINTA itu,
Akan membuatmu semakin dekat
kepada ALLAH atau tidak. ( Karya Ahmad Khalil Jum'ah )

" CINTA yang terpuji ialah CINTA yang mendatangkan kepada pemilik CINTA itu hal-hal yang memberinya manfaat di dunia mahupun di akhirat. Maka CINTA yang seperti ini merupakan muara sebuah KEBAHAGIAAN.
Adapun CINTA yang tercela adalah CINTA yang mendatangkan kepada pemiliknya hal-hal yang membawa kepada kerugian dunia dan akhirat. Dan CINTA semacam ini adalah SUMBER PENDERITAAN dan DUKA LARA. ( Imam ibnu Qayyum )

Nabi Muhammad S.A.W telah mewasiatkan :

" Janganlah kamu menikahi wanita kerana KECANTIKANNYA, Mungkin sahaja kecantikan itu membuat kamu hina. Jangan kamu menikahi wanita kerana HARTANYA atau TAKHTANYA, Mungkin sahaja harta atau takhtanya membuat kamu melampaui batas. Akan tetapi nikahilahWANITA kerana AGAMANYA. Sebab, seorang hamba wanita yang SOLEH, meskipun buruk wajahnya adalah lebih utama ". ( Ibnu Majah )

No comments:

Post a Comment