Sunday, May 1, 2011

RianG Ria Bersama

Hari ini masuklah 2 mei 2011..Cerita ini adalah cerita pada 1 mei 2011 bersempena dengan hari buruh.

Tidak di sangka-sangka, apabila seorang teman mempelawa aku ikut bersama mereka " Jalan-jalan cari makan "..

Akupun apalagi, sudah ada orang yang sudi, sebesar padang bola aku tadahkan menerima pelawaannya itu..
Bersama-sama dengan 6 orang teman yang lain aku mengajak
mereka untuk ikut serta dalam aktivitiku untuk kali ini..Seronok dan gembiranya mereka hanya ALLAH yang maha tahu. Eyalah bukan selalu dapat berjalan dengan aku ni.hahaaa..


~ Terharunya ~

Terharu sangat-sangat, walaupun hari lahirku sudah seminggu berlalu, masih ada orang yang mahu meraikannya.

Ingatkan mereka tidak akan sekali meraihkannya, rupanya aku tersilap..TERIMA KASIH banyak ye..Sayang korang semua.


~ Kek Hari Lahir ~
SweeT MemorY Kak Ira & ziha


Lepas makan kek, makan Pizza pula. Bestnya ada orang belanja


~ Di antara gambar-gambar yang diabadikan ~

TERIMA KASIH, SYUKRAN, THANK YOU, ARIGATOH !! Luv U all..Always in my HEART

Saja-Saja jak!!!

Kerana terlalu suka sangat baca novel, aku sanggup mengorbankan masa tidurk semata-mata untuk menghabiskan satu buah novel dalam sehari..

Akhirnya apa yang terjadi padaku??? Jatuh sakit??? Oh! tidak..tidaklah sampai ketahap itu..Cuma keadaan ini membuatkan k merasakan terlalu letih yang teramat sangat..Demi novel aku sanggp korbankan apa sahaja ( maksudku~ aku sanggup untuk tidur )..

Dua hari ini juga, aku begitu sibuk dengan undangan pertemuan dengan kawan-kawan yang begitu berat ntuk melepaskanku pergi..Apa dayaku untuk menolak semua pelawaan ini???

Sebenarnya, walaupun jadual aku begitu padat aku cuba untuk memuaskan hati semua orang agar tiada yang terkecil hati olehku..Aku cuba untuk melakukannya..

Gembira sangat kerana dapat meluangkan masa bersama insan-insan yang bermakna dalam hidupku..Walau hanya bertemu seketika, aku amat bersyukur punyai teman-teman seperti mereka..

Oleh yang demikian aku selalu mengingatkan diriku agar ~ Hargai dan Sayangi orang yang menyayangi kita ~ Jangan sesekali sakiti hatinya walau kita tidak menyayanginya, sekurang-kurangnya hargailah apa yang mereka telah lakukan untukmu..