Wednesday, February 9, 2011

Sekadar Meluahkan

Aku tak harap sangat ada orang akan membaca blogku ini. Sekadar mengisi waktu yang terluang, berkongsi bersama yang sudi..

2, 3 hari ini, aku asyik tertanya-tanya dan berfikir wujud lagi tak ‘ PRINCE CHARMING ‘ di muka bumi ini?

Ini semua gara-gara sejak aku membaca sebuah novel bertajuk ‘ PRINCE CHARMING.’ Sejak itu otakku hanya memikirkan pasal ini..

Kerana novel ini aku terjatuh cinta pada jalan ceritanya, menarik hinggakan aku tersenyum tergelak sendirian..

Kalau ada orang melihat keadaan ku pada waktu itu, pasti mereka akan fikir: kenapa perempuan ni? Gila ke apa? tapi aku tak kisah. Pedulilah apa orang nak kata. Betul tak? Aku bukannya kacau hidup mereka pun. Hanya mencari kegembiraan, kebahagiaan diri sendiri..

Aku, bila dah baca satu-satu novel, mulalah berangan sana-sini. Membayangakan watak-watak pada novel tu. Sehinggakan adakalanya aku akan mencari pelakon-pelakon kat Malaysia ni, siapa lebih sesuai. Hinggakan pening aku di buatnya. Siapa suruh buat kerja bodoh kan??

Berbalik pada perbahasan kita pada kali ini, bertajuk wujud lagikah ‘ PRINCE CHARMING ‘ di muka bumi ini?

Pada pendapat saya, itu semua melihat pada individu itu sendiri, sebagai seorang manusia ( wanita ) yang telah di ciptakan hati dan perasaan berhak untuk melabelkan semua itu..

Dan selalunya ‘ PRINCE CHARMING ‘ ini akan dikaitkan dan di tujukan pada jejaka-jejaka kacak, kaya berharta, sempurna dari segi segalanya. Aku tak setuju pada pandangan ini. Semua ini terpulang pada orang yang menilainya.

Berkata tentang diriku ini, aku ini bukanlah seorang yang berjiwa jiwang dan romantic. Pada aku apa yang aku rasai, aku sebenarnya seorang yang sukar untuk melafazkan kata cinta pada seseorang. Ini menguatkan lagi yang aku ni betul. Kerana sebelum ini, aku bukannya tak pernah berkenalan dengan seseorang yang bergelar lelaki, perasaanku pernah berdetik juga. Cuma yang aku tak suka bila, baru sahaja kenal dah tunjuk lagak bagaikan kita ni milik mereka. Suka memaksa. Yang itu aku memang tak boleh terima.

Hinggakan lelaki-lelaki yang aku kenali ini, pernah berkata: sebanyak-banyak aku kenali perempuan, tak pernah jumpa perempuan macam ni. Hati batu. Sampaikan begitu sekali?? Bila aku fikir kembali, mungkin benar kata mereka. Mereka sebenarnya tak berhak kata begitu. Sepatutnya mereka fahami dan hormat, mungkin kita ada alasan sendiri. Mengapa kita buat macam tu. Aku tak kisah.

Orang dah tak suka, janganlah paksa-paksa pula. Betul tak? Terutama bila ianya berkait rapat dengan hati dan perasaan. Geram sangat bila kita berterus-terang mereka akan buat-buat tak faham pula. So, kadangkala kita terpaksa menyakiti mereka.

Kenyataan ini terbukti bahawa aku memang berhati batu bila seseorang yang amat kita rapat atau lebih dikenali sebagai bestfriend forever ( bff ) menyatakan perkara yang sama. Yanh aku ni, memang berhati batu. Haha..

Dari sudut bicara tentang CINTA. Aku akui.mungkin benar pernyataan ini. tapi taklah 100%..50-50? Mungkin? Kena ingat, aku masih seorang wanita dan perempuan yang punyai perasaan. Kalau betul aku ni, seorang berhati batu tak mungkin aku bermadah pujangga. Setuju atau tidak?

So, mungkin aku sedang menanti ‘ PRINCE CHARMING ‘ yang akan membawa dan mengajarku erti CINTA SEJATI..bila? dimana?

Aku tetap akan menantinya penuh sabar. Hanya DIA yang MAHA MENGETAHUI SEGALANYA, kerana CINTA itu adalah satu anugerah ALLAH kepada HAMBAnya..

Wah! Bila berbicara tentang hati dan perasaan beginilah jadinya. Semuanya akan menjadi INDAH belaka. Begitu hebatnya. Hebat ke?

Kerana kejadian ini, aku berkata pada diriku : aku takkan mencari CINTA, biarlah CINTA itu datang sendirinya.

Kerana…

CINTA

Adalah ketika kamu menitikkan air mata,

Tetapi masih peduli terhadapnya

CINTA

Adalah ketika dia tidak mempedulikanmu,

Kamu masih menunggu dengan setia

CINTA

Adalah ketika dia mulai mencintai orang lain

Dan kamu masih bias tersenyum sambil berkata: “ Aku turut berbahagia untukmu..

Kejam sangatkah aku? Menolak dan melukai insan yang tulus mencintai? Aku hanya ingin sendiri seketika ini.

Itu bukan bererti aku akan membenci CINTA. Berikan ruang untuk aku sendirian dan memikirkannya. Dimana silap dan kurangnya.

Aku paling tak suka bab ni, bila mataku tak mahu terpejam. Mulalah aku bermadah, bermonolog sendirian. Masa inilah idea tu datang berlumba-lumba. Kelakarnya.

Aku berpesan pada diriku, jangan terlalu agungkan CINTA yang tak mungkin kekal selamanya. Akan membuat jiwa merana dan kita akan merasakan semuanya seakan telah berakhir untuk kita.

Kita melupakan DIA yang telah menciptakan kita, kerana terlalu leka atas CINTA yang hanya semetara.

Berwaspadalah..