Wednesday, January 19, 2011



Buat Seorang Insan yang AMATKU
SAYANGI, CINTAI, KASIHI, HORMATI selamanya..


Ketika aku memandangnya
Terlihat garis-garis halus yang terukir di wajahnya
Tanpa dia sedari, aku menyedarinya
Bahawa dia semakin dim amah usia


Garis halus yang kelihatan
Bukti perjuangannya membesarkan aku
Tanpa rasa penat dan lelah
Membanting tulang untuk mencari sesuap rezeki


Tiada keluhan di bibirnya
Membuatkan aku kagum padanya
Adakah aku akan menjadi sepertinya??
Tabah menghadapi segala keperitan, kesengsaraan hidup

Kasihnya padaku tiada berbelah bagi
Menyayangiku setelus Hatinya
Walau adakalanya aku menyakiti hati Tuanya
Dia tetap tersenyum manis
 
Pengorbanannya buat diriku
Amat banyak sekali tiada terhitung
Walau beribu berjuta wang ringgit yang dihulurkan
Tidak akan terbalas segala jasanya


Dia akan ku SAYANGI
Akan ku CINTAI
HORMATInya dan KASIHInya
Selamanya…


Dia lah HERO ku
Kekuatanku di kalah aku sedang jatuh
Memberikan aku Semangat untuk teruskan perjuangan Hidup ini
Hingga ke titisan terakhir


Dia yang amat bermakna BUATku..
Seorang insan yang bergelar Seorang BAPA..
SARANGHEA..I LOVE U..WO AI NI..
Uhibbuka ya ABI..


Aku memohon padaNYA..
SEMOGA DIBERKATI, DIRESTUI HIDUPNYA..
DIPANJANGKAN LAGI USIANYA..
HIDUP GEMBIRA, BAHAGIA SELALU..
DAN BERIKAN AKU KESEMPATAN UNTUK MEMBAHAGIAKAN MEREKA

" Ya ALLAH, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan ibu bapa kami, serta kasihanilah ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa kecil."
" Ya ALLAH, ya Tuhan kami, ampunilah sekalian muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, yang masih hidup dan yang telah mati."

~ SELAMAT HARI LAHIR BAPA ~
AKU SAYANG..RINDU KAMU
TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA..
SAYANGILAH KEDUA IBUBAPA
KITA HARGAI SAYANGI SELAGI MEREKA MASIH DI SISI..

No comments:

Post a Comment