Wednesday, January 5, 2011

SuKa Aku...

Aku tidak pernah merasakan seperti ini sebelumnya. Melihat pada pandangan matanya aku terjatuh..terjatuh cinta pada kali pertama mungkin??? Melihat pada raut wajahnya, terukir senyuman manis di bibirnya. Aku kelu, tidak terkata. Adakah ini yang dikatakan CINTA PANDANG PERTAMA??
Walau aku pernah bercinta, inilah kali pertama aku merasakan ada sesuatu yang tersembunyi di dasar hati. Yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. SUBAHANALLAH. Maha suci ALLAH. Akhirnya aku temui cinta sejatiku..
Tak pernahku duga. Akhirnya ku temui di saat aku sangat perlukannya..tapi benarkah inilah dia CINTA SEJATIKU?? Aku tidak mahu aku tersalah pilih, mungkin ianya adalah CINTA, tapi bukan CINTA SEJATI. Adakah ini hanay cinta berlandaskan nafsu?? Cinta sejati bila mana seseorang mencintaimu dengan tulus dan ikhlas berlandaskan syariat lillahi Taala.
Untuk jatuh cinta pada seseorang memang amat mudah dan adakalanya ianya menjadi amat payah kerana adanya CINTA PERTAMA yang tak akan kita lupakan, kerana janji yang kita bina bersamanya kita sanggup korban perasaan kita. Menutup rapat untuk orang lain. adakah ianya benar-benar tulus suci dari hatimu ketika bersamanya??? Aku pernah malalui semua itu. Aku seorang yang amat mudah untuk jatuh cinta pada seseorang. Walau tidak mengenalinya dengan sedalamnya. Bila mana dia mengambil berat tentangku, aku terharu. Tapi semua itu bukanlah cinta. Aku sedari kini. Hatiku Cuma terusik bila mana ianya sudah lama terbiar sepi tanpa penghuni. Kita sangat mudah untuk TERJATUH..
Andai kata itu yang terbaik buatku, Engkau telah ciptakan untukku. Aku pasrah segalanya. Kebahagiaan itu pasti boleh di cari, di pupuk kemudian di semai. Pasti suatu hari nanti akan menjadi seperti bunga-bunga yang kembang megah di seluruh alam ciptaanMU. KEHIDUPAN ITU UMPAMA BUNGA cinta itu bagaikan MADU.
Andai kata dia bukan milikku,bukan yang terbaik buatku, Egkau jauhkanlah dia wahai TUHANku yang maha mengetahui segala yang tersurat dan tersirat. Kerana CINTA itu pastikan hadir jua suatu hari nant. Percayalah bahawa CINTA HAKIKI ITU HANYA PADA DIA yang MENCIPTAKAN ALAM SEMESTA ini. Cinta manusia, manusia pasti akan mati suatu masa yang telah di janjikan. Cintai bunga, bunga akan layu..
Terimalah dia yang mencintaimu dengan sepenuh jiwa yang sanggup berkorban apa saja. Asalkan mengikut syariat yang telah di tetapkan..
Cinta memang amat sukar difahami. Kerana Cinta kita pada keluaraga berbeza pada cinta kita terhadap sahabat, kawan, teman , kekasih mahupun cinta kita pada seorang suami dan anak-anak. Ada ketikanya bila kita menyukai seseorang tak bermakna kita menyintainya tapi kita menyayanginya..antara suka, cinta dan sayang???, serupa tapi berbeza..misalnya: aku suka dia, tapi aku tak cinta, aku sayang dia, aku suka dia tapi aku tak cinta..aku cinta dia aku suka dia, aku sayang dia..berbeza tidak???
Cinta adalah anugerah TUHAN yang terindah. Andai anda mendapatkannya jagalah ia sampai kapan pun sehingga ke akhir hayat usiamu..

No comments:

Post a Comment