Tuesday, January 4, 2011

JanGan MuDah BerPuTuS Asa

Dalam hidup ini pasti kita akan melalui kegagalan. Jangan mudah berputus asa kerana kegagalan itu mengajar kita agar menjadi lebih tabah. Itulah kehidupan. Walau begitu pahit untuk kita terima bersabarlah. Pasti ada kemanisan disebalik kegagalan itu.
Dalam hidup ini, aku tidak pernah berasa kegagalan itu. Apabila pada suatu hari akhirnya aku merasa apa itu “ KEGAGALAN “ amat pahit ku terima. Melihat pada kejayaan teman-teman membuatkan aku berfikir seketika, aku berkata pada diriku: hari ini hari aku. Esok lusa belum tentu nasib siapa. Aku harus kuat bukn hanya diriku yang pernah mengalami kegagalan itu.
Jadikanlah kegagalan itu untuk bangkit semula. Semua org yang berjaya itu, pasti pernah merasainya jua. Tapi jangan di ulang kegagalan pertama itu berulang kali. Jika kegagalan itu berulang lagi, pasti ALLAH telah menentukan segalanya. Pasrah padaNYA, tapi jangan pernah anda merasa anda tidak berguna, jangan sesekali lupa padaNYA. TERUSKAN USAHA, IKHLASKAN HATI..Anda pasti menemui KEMENANGAN itu..Berani menghadapi segalanya kerana siapa yang kehilangan KEBERANIAN, ia akan hilang segala-galanya..
“ WHERE THERE IS A WILL THERE IS A WAY ”

No comments:

Post a Comment