Tuesday, January 4, 2011

Tidak dinafikan, dalam seharian kita sebagai manusia yang lemah amat perlukan pertolongan orang lain. Begitulah kenyataanya. Manusia suka kepada tolong menolong antara satu sama lain. Tapi adakah lagi pada zaman ini????
Walau zaman terus maju, walau di mana kita berada, berlainan budaya, adat dan agama kita perlukan orang lain dalam hidup kita. Itu adalah benar dimana jua kita berada. Walau dia seorang yang berKUASA, KAYA RAYA dia hanaylah seperti kita. Insan biasa yang memerlukan orang lain dalam hidup kita. Alasannya sangat mudah sekali. Kerana sememangnya manusia suka kepada pertolongan.
Itu membuatkan mereka BAHAGIA memberikan pertolongan untuk membuatkan orang lain turut gembira. Sudah tentu, setiap orang juga mahu gembira, bahagia. Tetapi ingatlah bahawa manusia tidak akan mendapatkan kebahagian itu sendirian. Dia memerlukan orang lain di sisinya, untuk membuatkan mereka GEMBIRA.

No comments:

Post a Comment