Wednesday, April 13, 2011

OzilomeY

Sejak kehadiran Ozil dan Omey di dalam hidupku. Hidupku kian bertambah ceria, bahagia seumpama insan yang sedang hangat bercinta..
Kerana kecomelnya, telatahnya bisa membuat kita tertawa bila terlihat akannya..
Indahnya dunia kerana adanya OZILOMEY si kembar yang lincah..
Walau adakalanya membuat hati kita sedikit panas dek di ganggu ketika tidur. Tetap akan ku sayang si kembar itu..
Bila penat bermain, tertidur di mana sahaja..Bila terbangun, mulalah ianya bising kerana lapar..Begitulah sehari-hari ragam telatah si kembar..Sayang tidak berbau, tabiatnya yang satu menjadi satu sungutan teman serumah..
Si kembar telah membuang air kecil di atas selimut sang teman ketika mana aku sedang tiada di rumah..
Si kembar hanya makhluk yang tidak punya akal fikiran yang sama seperti kita insan yang bergelar manusia.
Sayangi mereka seperti anda menyayangi keluarga. sahabat, teman, kawan, jiran dan masyarakat yang sayang pada anda..

No comments:

Post a Comment