Tuesday, May 4, 2010

CeriTa HaRi Ini..

Penat sangat hari ini, pagi tadi pergi pejabat pos..Barang banyak sangat, itu yang kena pos..Ditemani pakcik Isa bersama isterinya ( Pakcik tuan rumah sewa yang sangatlah baik )..
Sedar tak sedar, hampir 2jam kami di pejabat pos..Ini semua kerana aku, bila dah sampai giliran aku..Ada pula masalah timbul..Nasiblah badan bukan " bigproblem ".. Kalau tak..Silap hari, silap bulan berjam2 lah kami semua kat sana..Masalah.. Ceritanya bermula begini.." ketika giliran aku, time tu, tukar syif dah..mula-mula tu, ada seorang pakcik yang keja kat situ..memandangkan kejanya hanya setakat waktu tu, pakcik pun balik kemudian di tukar oleh seorang " Makcik "..Rupa-rupanya, makcik ni, kitaorang kenal sangat.. Dulu, sebelum makcik tu keja kat sana, dia keja kat pos office dekat dengan pekan rabu tu.. Alih-alih makcik tu dah pindah kat situ..Apalagi dah kenal, buatlah cara kenal kan..Sopan santun kan budaya kita..Dipendekkan cerita, sembang punya sembang, akhirnya selesai..Makcik tu tanyalah kita " semuanya 6 kotak kan? pos laut? "..Aku jawablah: ya.Tapi satu kotak kecik tu kita guna pos udara..Makcik tu kata: "kenapa tak register?? Aku yang tak faham ni buatlah muka kesian kan..Makcik tu kata lagi: " Makcik dah silap, ni sembang punya pasal, makcik tak perasan..Aku pa lagi buat muka sepuluh sen la..haha..Aku kata ngan makcik tu: " Macam mana ni makcik?kotak yang kecik tu saya nak hantar cepat..Kesian kat orang tu..Makcik dengan senyuman manisnya kata: " kesianlah kat ihsan tu, sat gi teriak..haha..Aku jadi malu taw..dahlah time tu, ramai orang kat sana, pastu ada dua orang budak sedang buat praktikal kat situ siap gelak-gelak lagi..huhu..tambah2lah malu ku ni..Akhirnya, dengan usaha makcik tu, masalah dapat di selesaikan..Huh! Leganya..
Selesai semuanya, untuk membalas jasa baik pakcik yang telah banyak menolong kami semua..Maka dengan itu kami telah menjemput pakcik dan makcik untuk makan tengahari bersama ( Makan di luar jak pun ) hehee..Aduiiiiiii..lapar sangat time ni..Dari pagi tak makan satu benda pun..
Makan punya pasal, kami bersetuju agar pakcik dan makcik membuat pilihan untuk mahu makan di mana..Setelah lama mencari, akhirnya pakcik memberhentukan keretanya di sebuah kedai makan..Malangnya, lauk-pauk dah habis..So, terpaksalah cari tempat lain..Kami meneruskan pencarian, mencari destinasi yang hendak di tuju..
Nun jauh disana, di seberang jalan, berhadapan dengan sebuah sekolah yang memang masyhur dan terkenal kat kedah ni ( SEKOLAH MAKTAB MAHMUD )..Kelihatan sebuah kedai makan ( kedai makan tepi jalan )..Dengan langkah yang laju,kerana terlalu lapar..memilih makanan kemudian menjamu selera..hmmmm..sedapnya kari ikan tenggiri..
Usai, mengisi perut..kami meneruskan perjalanan..haha( macam nak pergi jauh lah pula )..Padahal dekat situ je..Cari masjid untuk menunaikan kewajiban sebagai seorang HAMBA ALLAH yang beragama " ISLAM ". Ke mana pun kita pergi, ingatlah kewajiban kita..
Setelah selesai semuanya, tiba-tiba nak pergi bandarlah pula..hahaaa..So, sekali lagi nak minta perkhidmatan pakcik untuk tolong hantarkan kami ke pekan rabu..
SHOPING..JALAN-JALAN..MAKAN..CUCI MATA..
walaupun penat sangat, kaki tetap melangkah pergi..menuju mencari destinasi yang menarik..puas sudah berjalan dan memcari barang yang diperlukan..Balik..dah penat sangat..dah tak larat..hehee..
Setakat ini sahaja untuk kali ini.Ok..Semoga terhibur..Walau tak terhibur, terimakasih kerana sudi membacanya..k.daaaaaaa..See u AGAIN..

No comments:

Post a Comment