Saturday, March 13, 2010

CeriTaria

Assalamualaikum..

Hari ini boring betul macam mahu nangis jak, duduk rumah tidur, makan. Semalam tidur awal dari jam7 sampai jam10malam. Mungkin kerana penat yang amat sangat jadilah macam tu. Sebenarnya ceritanya macam ni, petang hari khamis tu pergi hostel, di mana sahabatku ipa ( bukan nama sebenar ) tinggal. Disebabkan latihan coral speaking pergilah diriku dengan seorang sahabatku yang famous di panggil sebagai ley ( dia ni pompuan ) sajalah mahu bagitahu, nanti ada yang salah sangka pula. Kami bertolak pada jam7. Sedar tidak sedar rupanya sampai sudah. Tertidur dalam bas lagi.

Dipendekkan cerita, lepas isyak tu, bermulalah latihan sampailah jam11 malam. Time tu memang mengantuklah sudah. Tapi bila sampai di bilik, segar bugarlah pula. saya dengan ipa pun tengoklah satu cerita yang bertajuk " MARYAM ". Memang bestlah cerita ni, mengisahkan tentang Maryam dan Nabi-nabi terdahulu. Sedar tidak sedar jam menunjukkan jam3 pagi, dalam kekusyukan menonton tu, aik???tergantung lah pula cerita ni ( tidak habis di copy barangkali ). Terpaksalah tidur.

Paginya saya telah mendapat message yang berbunyi lebih kurang macam ni:

Salam. hari ni ada latihan nasyid pada jam10. bertolak pada jam9.30. latihan akan diadakan di kampus utama.

Sem ni, tidak tahulah kenapa lah semangat betul. Nasyid, Coral speaking, dua2 saya masuk ikut. mungkin kerasa lastsem sudah kan. Itu yang semangat betul 2. he:)..Kalau bab2 macam ni, usahkan di tanya, comfirm ikut.( walaupun suara tidak sedap )..hahahaaa

Dipendekkan cerita lagi, setelah selesai latihan kami pun bersurai untuk mengisi perut yang kosong dan menunggu masuknya waktu sholat zuhur. Pada jam 2 prtang kami diarahkan oleh ketua kumpulan untuk bersiap sedia, kerana sebentar lagi saringan akan di adakan untuk menentukan siapa yang akan ke final.

Akhirnya penantian yang ditunggu2 tiba, kumpulan kami layak ke pusingan seterusnya. Gembira betul time tu, tapi apa yang mahu di hairankan tiap2 tahun masuk final. Kerana terlalu gembiranya kami, apa lagi pekena ABC laaaaa. Makan ramai-ramai di medan, dan apa yang tidak akan saya lupakan, berkongsi makan dengan kawan2. Memang best sangat time tu..apatah lagi keadaan pada ketika itu, hujan renyai2..terasa bagaikan medan tu, kami yang punya.. Makanya ada pepatah yang mengatakan " tak kenal maka tak cinta, dah kenal baru kita tahu tingginya langit dan bumi "...begitulah juga hidup ini, jika kita tak kenal seseorang tu, hanya melihat pada luarannya sahaja, selalunya kita akan beranggapan dia ni seorang yang sombong, tidak mesra dan sebagainya.. Tapi bila dah kenal, kita rasanya kita dah kenal dia bertahun-tahun lamanya..itulah yang saya rasakan ketika itu. kita kawan tapi kita tak kenal.



bersambung.....

No comments:

Post a Comment