Wednesday, February 17, 2010

RaTu KeKaSiH HaTiKU..

Mama mengandungkan saya selama sembilan bulan. dengan penuh kasih sayang dan kesabaran menanti saat kelahiranku. terpancar kegembiraan di wajah sang ayah. menanti bila agaknya saya akan dilahirnya. alangkah indahnya terasa dunia ini. rumahtangga yang di bina sekian lama akan berseri lagi dengan kehadiran baby comel yang akan diberi nama Sabirah..
Sayalah baby comel yang dimaksudkan. hehe..Alhamdulillah setelah sekian lama menanti, saya pun dilahirkan dengan selamat dan penuh kesyukuran. dilubuk kecil hati mereka berdoa, semoga anak yang akan lahir ini menjadi seorang insan yang berguna pada keluarga , masyarakat, jua negara..
Mendidikku tanpa rasa jemu. walaupun kadang-kadang tak tertunai segala apa yang di impikan. saya merasa sungguh bertuah kerana mempunya mama dan bapa seperti mereka..
Setelah 22 tahun berlalu seusia diriku ini. kini, saya telah dewasa. baru ku sedari betapa besarnya pengorbanan mama dan bapa. hinggakan tak ternilai dengan wang ringgit. begitu sucinya kasih sayang yang telah dilimpahkan.
Melihatkan wajahnya yang sering terukir senyuman manis, membuatkan saya merasa bahagia sekali. walaupun adakalanya ketika dalam keadaan sengsara, derita..tak sedikit pun di pamerkan nya..
Andainya mereka pergi sebelum ku, pastinya hidup ini tak lagi bermakna buatku. kerana mereka, hidup ini menjadi lebih bermakna dan penuh dengan warna-warni kebahgiaan.my mom, my sweetheart..my dad, my hero in my life..forever n ever!!!!

No comments:

Post a Comment