Thursday, August 29, 2013

Aku KemBaLi

Membesar dan belajar dengan pengetahuan serta pengalaman adalah suatu cabaran. Manakala membesar dan belajar tentang hidup serta mengenal diri sendiri adalah suatu hakikat yang tidak dapat dielak. ~ ADDIN ~

Terasa semua yang berlaku baru sahaja semalam terjadi. Nafas dilepaskan perlahan. Dan macam baru semalam pertama kali berjumpa dengan kawan-kawan dekat SMA Toh Puan Hajjah Rahmah. Rindunya pada mereka hanya Dia yang Maha Tahu. Dan macam baru semalam, habiskan kertas STAM dan tinggalkan Asrama Aspuri. Dan macam baru semalam, bergaduh dengan penyelia asrama kerana dituduh membawa telefon ke asrama. Dan macam baru semalam pergi pecah masuk bilik dapur gara-gara perut lapar sangat. Dan macam baru semalam aku masih lagi budak sekolah yang kerja gelak ketawa riang ria bersama kawan-kawan. Aku merenung ke luar jendela melihat hujan yang turun dengan lebatnya. Musim hujan datang bertandang. Pejam celik, akhirnya tamatlah aku belajar dekat Kedah, kemudiannya masuk IPGMKT. Cepat benar masa berlalu pergi meninggalkan aku. Macam baru semalam juga dapat keputusan STAM, dan seterusnya menyambung pengajianku keperingkat Ijazah Sarjana Muda. Macam baru semalam dapat surat temudaga masuk IPGKT. Dan macam baru semalam, aku mendapat panggilan temuduga spp.

Dan kini, bila mengimbau kembali kenangan memang sudah jauh beribu batu aku tinggalkan masa-masa itu  berlalu pergi. Semua orang sudah besar. Sudah dewasa. Membesar bersama masa dan usia. Rindunya pada zaman dulu-dulu sewaktu belajar dan tinggal dalam asrama. Siapa kata duduk sekolah asrama tak seronok? Bagiku itu adalah fasa kehidupan yang sangat seronok sepanjang hidupku. Segala macam benda, perkara buat pengalaman hidup yang amat berharga. Yang pahit, manis, kelat, masam, masin semuanya ada. Seperti kata iklan Astro “ macam-macam ada “. Rindunya nak jumpa semua orang. Rindu pada mereka yang selalu ada ketika susah mahupun senang, ada dikala tertawa dan menangis dan rindu pada perangai yang memang sama gila.

Entah sudah berapa tahun berlalunya semua kenangan itu. Dan entah berapa tahun juga kali terakhir aku jumpa teman-teman yang lain. Masing-masing dah besar. Masing-masing sibuk dengan urusan sendiri yang entah bila akan berakhir. Ada yang dah bekerja, sibuk dengan karier masing-masing. Dan yang baru habis belajar macam aku ni, sibuk Facebook, TwiTTer, Blog, Hi5, Friendster, untuk menghabis masa-masa yang ada. Tak masuk cerita yang dah berpasang-pasang, berdua, bertunang, berkeluarga. Bila terfikirkan semua tu, aku menggeleng dengan senyuman terukir di bibir. Cha, Noey, Bb, Zul, Ida, Hikmah, Noi, dan ramai kawan-kawan yang lain telah pun selamat menjadi isteri dan ibu kepada lelaki-lelaki yang bertuah kat luar tu (Jangan marah yee). Semua orang dah tinggalkan aku berjuta-juta batu kat belakang. Rasanya aku ni sahaja yang tidak sempat nak fikir apa. Tak kisah la. Yang penting aku masih bisa untuk tersenyum. Nak habiskan ijazah dan diploma ni pun dah nak separuh mati. Tu belum jadi seorang pendidik lagi (InsyaALLAH. Semoga dipermudahkan segala urusan. Amin Ya Rabb)

Dan begitulah caranya aku membesar dan belajar tentang kehidupan ini. Pengalaman yang banyak mengajar tentang bagaimana kita menjadi dewasa. Walau usia semakin meningkat, segala kenangan pastikan tersimpan dan tersemat di hati untuk selamanya.

No comments:

Post a Comment