Friday, August 10, 2012

Salam Ramadhan Kareem

Setelah setahun berlalu...

Aku kembali melakar kata hatiku. Apa yang ku rasakan. Apa yang ku lihat. Apa yang ku dengar. Segalanya di sini.

Dulu...

Ketika jiwa menjadi gundah gulana, dialah sahabat, peneman di kala suka atau duka, ingin selalu sahaja untuk mendampinginya, meluah segala rasa yang terpendam sekian lama.

Kini...

Aku sudah jarang untuk menemuinya, kerana DIA ada untuk aku mengadu segala rasa ini. Percaya, aku masih memerlukannya di kala aku sendirian.

Aku...

Ingin mahu bersamanya lagi. Meluahkan segala apa yang ku inginkan. Semoga dia akan tetap setia menanti di situ.

Terima Kasih untuk segalanya...

~ SALAM RAMADHAN UNTUK SEMUA ~

No comments:

Post a Comment