Sunday, May 9, 2010

SeLaMaT HaRi Ibu

Selamat " HARI IBU "..Buat semua ibu-ibu yang berada di mana jua anda berada..
Istimewa buat ibuku " Happy Mother's Day "..I LOVE YOU MUM..Sayang mama selamanya..Terima kasih atas segalanya..Tanpumu, ku rasa tak berdaya untuk terus hidup di atas muka bumi ini..Mama adalah no 1 in my heart..Tiada gantinya..
Tidak di lupakan juga buat kak long yang telah bergelar seorang ibu " Happy Mother's Day "..my sister..Semoga kakak menjadi seorang ibu yang baik, bertanggungjawab, penyayang, baik hati, lemah lembut..Seorang isteri yang taat pada suaminya, sayang pada keluarganya..
Kakak adalah yang terbaik ku miliki..I LOVE YOU SIS..

Jalan-Jalan...

Bestnya, hari ini pakcik and makcik belanja makan laksa kat kuala kedah..Ingatkan makan laksa je, rupa-rupanya..makan satay lagi..sedapnya satay tu..Laksa tu pun sedap juga. orang dah belanja semua sedap..makan free kan..hahaa ( Jangan jeles ya )..
Kami bertolak pada jam5.20..Singgah sebentar ke jeti..Jalan-jalan makan angin..Cuci mata..Subahannallah Ya Tuhan ku..Cantiknya..Selama 4 tahun belajar kat insaniah, inilah first time aku datang kat sini..Nasib badanlah hari ini, ada orang mahu belanja..Sampai juga kat Kuala Kedah ni..
Baik sungguh pakcik and makcik ni, hari tu bawa makan kat rumah..Lepas tu bawa makanan kat rumah sewa makan sama-sama..Petang tu, hantar kawan kat station keretapi..Oleh kerana masalah yang tidak dapat dielakkan, tiket pada hari itu dibatalkan..itu yang pergi shahab, beli tiket bas..Kesian kat dia.huhu..singgah sebentar untuk minum petang lagi..Cuti-cuti ni, keja..makan..makan dan makan..Tak patut sungguh..hahaa
Terima kasih yang terhingga buat pakcik and makcik..Selalu belanja kami.heee..Suka sangat..

Wednesday, May 5, 2010

Aku BerHaRaP..D.I.A

Dulu, dia seorang yang periang, lasak, selalu buat aku ketawa, walau kadangkala di buat hati aku panas, selalu menangis. Tapi itulah dia..Takkan mudah berputus asa, bercita-cita tinggi, dan seorang yang kuat..
Kini, segalanya bagaikan semuanya nampak muram dan lesu, tiada keriangan yang terpancar di wajahnya..Matanya yang sangat redup menceritakan derita yang dialaminya, walau aku tidak tahu apakah punca sebenarnya. Hanya yang kelihatan, wajah yang buat hati aku jadi sedih dan pilu..Kenapa jadi begini??? Semuanya berubah dalam sekelip mata..Aku tertanya-tanya di mana silapnya, bila ianya bermula..
Bagaimana harus aku buktikan, bahawa aku sangat menyayanginya untuk selamanya. Aku tidak berdaya untuk melakukan sesuatu. Aku cuma harap, dia tabah, kuat menghadapi segalanya. Semoga suatu hari nanti ALLAH tunjukkan jalan baginya..
Sekuat mana pun aku, aku hanya insan biasa yang hanya mampu berdoa untuknya. Agar segalanya berlalu dengan cepat dan akan kembali seperti dulu..
Walau dia tidak menyanyangiku. Aku mahu dia tahu bahawa semua orang sayangkan dia. Termasuklah aku. Kerana dia amat berharga, yang membawa kebahagiaan dalam hidupku..

Tuesday, May 4, 2010

CeriTa HaRi Ini..

Penat sangat hari ini, pagi tadi pergi pejabat pos..Barang banyak sangat, itu yang kena pos..Ditemani pakcik Isa bersama isterinya ( Pakcik tuan rumah sewa yang sangatlah baik )..
Sedar tak sedar, hampir 2jam kami di pejabat pos..Ini semua kerana aku, bila dah sampai giliran aku..Ada pula masalah timbul..Nasiblah badan bukan " bigproblem ".. Kalau tak..Silap hari, silap bulan berjam2 lah kami semua kat sana..Masalah.. Ceritanya bermula begini.." ketika giliran aku, time tu, tukar syif dah..mula-mula tu, ada seorang pakcik yang keja kat situ..memandangkan kejanya hanya setakat waktu tu, pakcik pun balik kemudian di tukar oleh seorang " Makcik "..Rupa-rupanya, makcik ni, kitaorang kenal sangat.. Dulu, sebelum makcik tu keja kat sana, dia keja kat pos office dekat dengan pekan rabu tu.. Alih-alih makcik tu dah pindah kat situ..Apalagi dah kenal, buatlah cara kenal kan..Sopan santun kan budaya kita..Dipendekkan cerita, sembang punya sembang, akhirnya selesai..Makcik tu tanyalah kita " semuanya 6 kotak kan? pos laut? "..Aku jawablah: ya.Tapi satu kotak kecik tu kita guna pos udara..Makcik tu kata: "kenapa tak register?? Aku yang tak faham ni buatlah muka kesian kan..Makcik tu kata lagi: " Makcik dah silap, ni sembang punya pasal, makcik tak perasan..Aku pa lagi buat muka sepuluh sen la..haha..Aku kata ngan makcik tu: " Macam mana ni makcik?kotak yang kecik tu saya nak hantar cepat..Kesian kat orang tu..Makcik dengan senyuman manisnya kata: " kesianlah kat ihsan tu, sat gi teriak..haha..Aku jadi malu taw..dahlah time tu, ramai orang kat sana, pastu ada dua orang budak sedang buat praktikal kat situ siap gelak-gelak lagi..huhu..tambah2lah malu ku ni..Akhirnya, dengan usaha makcik tu, masalah dapat di selesaikan..Huh! Leganya..
Selesai semuanya, untuk membalas jasa baik pakcik yang telah banyak menolong kami semua..Maka dengan itu kami telah menjemput pakcik dan makcik untuk makan tengahari bersama ( Makan di luar jak pun ) hehee..Aduiiiiiii..lapar sangat time ni..Dari pagi tak makan satu benda pun..
Makan punya pasal, kami bersetuju agar pakcik dan makcik membuat pilihan untuk mahu makan di mana..Setelah lama mencari, akhirnya pakcik memberhentukan keretanya di sebuah kedai makan..Malangnya, lauk-pauk dah habis..So, terpaksalah cari tempat lain..Kami meneruskan pencarian, mencari destinasi yang hendak di tuju..
Nun jauh disana, di seberang jalan, berhadapan dengan sebuah sekolah yang memang masyhur dan terkenal kat kedah ni ( SEKOLAH MAKTAB MAHMUD )..Kelihatan sebuah kedai makan ( kedai makan tepi jalan )..Dengan langkah yang laju,kerana terlalu lapar..memilih makanan kemudian menjamu selera..hmmmm..sedapnya kari ikan tenggiri..
Usai, mengisi perut..kami meneruskan perjalanan..haha( macam nak pergi jauh lah pula )..Padahal dekat situ je..Cari masjid untuk menunaikan kewajiban sebagai seorang HAMBA ALLAH yang beragama " ISLAM ". Ke mana pun kita pergi, ingatlah kewajiban kita..
Setelah selesai semuanya, tiba-tiba nak pergi bandarlah pula..hahaaa..So, sekali lagi nak minta perkhidmatan pakcik untuk tolong hantarkan kami ke pekan rabu..
SHOPING..JALAN-JALAN..MAKAN..CUCI MATA..
walaupun penat sangat, kaki tetap melangkah pergi..menuju mencari destinasi yang menarik..puas sudah berjalan dan memcari barang yang diperlukan..Balik..dah penat sangat..dah tak larat..hehee..
Setakat ini sahaja untuk kali ini.Ok..Semoga terhibur..Walau tak terhibur, terimakasih kerana sudi membacanya..k.daaaaaaa..See u AGAIN..

Monday, May 3, 2010

ReHLah..

Bersama teman-teman pergi ke Bukit Ayer..
Jeritan yeah!yeah!yeah!
Gembiranya terasa riang di hati ..
Dengan menaiki van yang di sewa oleh teman2ku..

Ketika mana aku post pic-pic comey ni..Ianya dah berlalu hampir sebulan yang lalu..
Rehlah bersama teman-teman untuk di jadikan sebuah kenangan yang terindah..
Walaupun dah lama berlalu, terasa baru jak berlaku semalam..

Indahnya saat ketika itu..Seronok sangat..Pemandangan hijau yang begitu mendamaikan..Air terjun yang kering kontang..( hahaa )..Aku tak pernah rasa sebahagia begini ( pada waktu itu )..hehee



Baru mahu bertolak..Tersadai sekejap..Van buat hal..Tiba-tiba tak muatlah pula.hehee

Antara teman2 yang datang bersama..( Girl )




Teman2 ( BoY ) yang turut bersama ke rehlah..





Posing maut..Sampai jak terus ambik gambar..Dengan pelbagai gaya dan ragam..




Apa yang buat aku bahagia sangat, dapat meluangkan masa bersama teman-teman..Makan bersama, ketawa bersama, masak-memasak bersama, bergambar bersama, sembahyang bersama..Itulah yang paling berharga sekali..


Buat pertama kalinya aku, dipilih memegang jawatan sebagai " Timbalan Pengarah "..Bila fikir balik kan..Macam tak percaya jak..Mimpi kali.haha


Sebenarnya banyak lagi gambar nak upload..Line tak ok..Mood pun hilang..Lain kali kita upload ya..

ok..Daaa..Itu sahaja untuk kali ini..Assalamualaikum..Salam satu perpaduan..Dadaaa..Sayang semuanyaaaaaaaaaa.












































Sunday, May 2, 2010

A.D.I.K


Aku punya A.D.I.K.

Seorang yang sangat baik, prihatin, kadang kala menghiburkan. Adik, taklah comel, tapi kawaiiiiiiiiiiiiiii sangat.hahaa


Seorang yang amat manja. Buat kakak selalu risau. Risau pasal apa?? Sebab adik selalu lewat makan.


Bila fikir tentang adik, semuanya baik-baik sahaja, semuanya menjadi indah. Buat hati kakak jadi senang dan gembira.


Memang best sangat punya adik. Adik yang memahami, ambil berat, pendengar yang setia, buat kakak tambah sayang dengan adik.


Kadang kala kakak bertanya sendirian: " Adakah adik akan sayang kakak, ingat kakak untuk selamanya?" Mustahil..Kerana adik punyai kehidupan sendiri.


Kakak tak minta apa-apa.. Cuma kakak harap adik akan bahagia, gembira, sihat selalu.


Walau adakalanya adik buat kakak runsing. Adik tetap adik kakak.

Walau sayang macam mana sekalipun.

Kakak sedar, kakak bukan siapa-siapa pun.


Kakak bersyukur sangat di berikan kesempatan untuk mengenali diri adik.

Adanya adik hidup kakak lebih bermakna. Kakak menjadi lebih kuat. Memberikan semangat untuk kakak terus meneruskan perjalanan ini.


Terima kasih A.D.I.K

Saturday, May 1, 2010

MaHu CeRiTa JuGa..

2 hari lalu, hanya Tuhan jak yang tahu..apa yang ku rasakan pada waktu tu..
Alhamdulillah.. hari ni, rasanya dah ok sikit..hehe..
Kalau nak ikut sangat, rasanya mahu tidur jak..Tapi bila di fikirkan, banyak benda nak di buat..Kenalah semanagt sikit..gagahkan juga diri ni..Kalau tidak..Xkemaslah barang2 semua tu..Dan alamatnya, tak sembuh2lah..Manja sangat, TU YANG PENYAKIT SUKA..So, kena kuatkan semanagt, jangan ikut sangat hati dan perasaan tu..
Kalau bukan diri sendiri yang jaga, siapa nak tolong jagakan..Sendiri mahu ingatlah..Sudah besar panjang, pandai fikir sendiri..
Lagipun, bila teringat barang yang x kemas lagi, buat aku rasa sakit hati..Bukan sakit pasal apa..Eyalah, nanti x pasal2 tertinggal..Kan haru namanya tu?? Siapa yang susah?? Diri sendiri juga kan..
Mahu x mahu, kena kemas juga..Best pa kemas2 barang ni..Esok lusa mahu pos dah..
Banyaknya barang mahu di pos..huhu
Sebenarnya banyak benda mahu cerita..Tapi rasanya, buat masa ni, setakat ni jelah..kuang2..