Tuesday, February 23, 2010

PerinGaTan UnTuK DiRiKu...

Salam satu malaysia..
assalamualaikum...
Kerana kesibukan dan jadual yang sungguh padat.( sebenarnya tidak lah padat sangat ) ..saja buat-buat busy...he..assignment yang bertimbun-timbun tidak pernah sudah-sudahnya membuatkan hatiku sering mengalami tekanan..hahaha...tapi tiak lah teruk sangat..siapa suruh buat kerja last minute...ni lah padahnya...so, sendiri mahu ingatlah kan...lagipun besar sudah kan???pandai-pandailah jaga diri.. jangan asyik busy body jak..
Aik???busybody ke??? jangan salah sangka pula ye...bukan busy body yang tu...he...hairan jugalah, kenapalah sem ni, malas makin menjadi-jadi...tapi ni ok lagi. pergi kuliah hari-hari...tapi bila bab-bab buat bahas, menghafal..malas betul...mahu jadi apa lah diri ini..saya pun tidak tahu lah..kalau di teruskan perangai macam ni..kirimsalam jak laaaa...
Buat diri, yang sedang leka...sedarlah, sedarlah engkau....jangan biarkan malas menguasai diri mu...

Thursday, February 18, 2010

SeJeNak KITa FiKiRKan..

hari-hari yang ku lalui terasa begitu cepatnya masa berlalu..tanpa ku sedari umur ku dah pun mencecah 22 tahun dan sekejap lagi akan genaplah umur ku 23tahun...oh! tidak..aku dah pun semakin tua..hahaha....
dan tanpa kita sedari, pengalaman kehidupan ini sebenarnya mengajar kita untuk menjadi lebih dewasa..memahami apa erti sebenarnya kehidupan ini...dan untuk menjadi orang yang lebih berdikari, berwawasan dan bercita-cirta tinggi, apa yang kita perlukan dalam kehidupan ini, untuk menjadi orang yang terbaik..
adakah menjadi orang yang berjaya, dihormati, mempunya pangkat dan harta menjadi impian semua orang???
dan adakah itu yang dinamakan sebagai orang yang telah berjaya??? adakalanya, tanpa ku sedari dilubuk hati kecik ku bertanya " apa sebenarnya yang aku mahukan dalam hidup ini?"
berjaya?? membahagiakan hati orang tua...mendapatkan pekerjaan yang baik atau apa??? atau cukupkah sekadar memberikan mereka wang yang banyak tanpa mempedulikan mereka..itu sudah memadai???
renungilah dan fikirkan semula..apa sebenarnya yang kita mahukan dalam hidup ini...perjalanan hidup ini masih panjang dan penuh dengan cabaran dan dugaan yang harus kita tempuhi..
insyaALLAH semoga kita masih diberikan kesempatan hidup yang panjang diberikan kesihatan untuk mencapai cita-cita dan harapan. semoga hidup ini akan lebih diberkati dan di redhai ALLAH S.W.T..amin..

Wednesday, February 17, 2010

SaHaBaT

hari ini aku bersendirian lagi. sambil menatap bulan bintang di langit gelap. alangkah indahnya pertemuan dikala itu. terimbau kembali kenangan indah bersamamu. gelak, tawa sering kedengaran menemani di setiap hariku. aku merasakan pada ketika itu, akulah insan yang paling bahagia. tanpa ku hiraukan apa pun yang terjadi di sekeliling ku...
hidupku umpama pelangi yang menyinar setelah hujan menghilangkan dirinya. begitulah keadaan ku ketika itu..bahagia tanpa duka yang sering menemani ku sebelum hadirnya dirimu...
alangkah indahnya berteman kerana fi sabilillah..alangkah manisnya ukhuwah yang terbina atas dasar berkasih sayang kerana Nya...
Teman, engkaulah sahabat..kawan yang selalu menemani ada untukku dikala aku sangat memerlukan mu. tanpa keluhan di bibirmu engkau akan selalu menghiburkan aku dikala aku dalam kesusahan, kesengsaraan, derita yang menodai liku-liku perjalanan hidupku..
tanpamu disisi ku aku lemah hilangnya arah dalam mencari erti sebenar kehidupan yang penuh ranjau onak duri yang akan membinasakan kita..
Dalam setiap doaku semoga ukhuwah yang terbina ini akan kekal selamanya...InsyaALLAH..

RaTu KeKaSiH HaTiKU..

Mama mengandungkan saya selama sembilan bulan. dengan penuh kasih sayang dan kesabaran menanti saat kelahiranku. terpancar kegembiraan di wajah sang ayah. menanti bila agaknya saya akan dilahirnya. alangkah indahnya terasa dunia ini. rumahtangga yang di bina sekian lama akan berseri lagi dengan kehadiran baby comel yang akan diberi nama Sabirah..
Sayalah baby comel yang dimaksudkan. hehe..Alhamdulillah setelah sekian lama menanti, saya pun dilahirkan dengan selamat dan penuh kesyukuran. dilubuk kecil hati mereka berdoa, semoga anak yang akan lahir ini menjadi seorang insan yang berguna pada keluarga , masyarakat, jua negara..
Mendidikku tanpa rasa jemu. walaupun kadang-kadang tak tertunai segala apa yang di impikan. saya merasa sungguh bertuah kerana mempunya mama dan bapa seperti mereka..
Setelah 22 tahun berlalu seusia diriku ini. kini, saya telah dewasa. baru ku sedari betapa besarnya pengorbanan mama dan bapa. hinggakan tak ternilai dengan wang ringgit. begitu sucinya kasih sayang yang telah dilimpahkan.
Melihatkan wajahnya yang sering terukir senyuman manis, membuatkan saya merasa bahagia sekali. walaupun adakalanya ketika dalam keadaan sengsara, derita..tak sedikit pun di pamerkan nya..
Andainya mereka pergi sebelum ku, pastinya hidup ini tak lagi bermakna buatku. kerana mereka, hidup ini menjadi lebih bermakna dan penuh dengan warna-warni kebahgiaan.my mom, my sweetheart..my dad, my hero in my life..forever n ever!!!!

Tuesday, February 16, 2010

CoreT-CoreT....

erm..tahun ni..sedar x sedar dah 4tahun rupanya.umur pun semakin meningkat. tapi perangai x ubah-ubah lagi.huhu...so, bila nak berubah????
bukannya buat jahat pun. biasa la 2, kita kan hanya manusia biasa. kadang-kadang pasti akan melakukan kesilapan..
sedih rasanya, bila terkenangkan segala memori yang tercipta akan di tinggal kan. pasti ku kenang dan simpan di dalam lubuk hati ku..

SinGGaH SeBenTaR

kadang-kadang kita tak sedar bila waktunya kita melakukan kesalahan..adakalanya kita sedar apa yang telah kita lakukan..lumrah manusia susah untuk mengakui kesilapan..apatah lagi mengucapkan kata "maaf"..kerana ego manusia amat tinggi sekali..biasalah mahu jaga maruah lah kononnya..apa orang kata, nanti jatuh standard..
saya pun terfikir juga, kenapa manusia ni susah betul mahu mengakui kesilapannya..sudah tu, kadang-kadang pura-pura tidak tahu lagi. yang ni satu hal...dah buat salah tu, minta maaf lah. tapi sebaliknya pula, kita yang tidak buat salah, kita yang kena minta maaf...ada juga orang macam tu rupanya...hehe
yang ni lagilah pelik bin ajaib..dia yang buat salah, kita yang minta maaf..sudahnya dia tak mahu pula maafkan kita..kenapa ya???agaknya dia malu kali kan...tapi tak pa lah..difahami juga tu...ok lah kalau orang faham..kalau tidak faham macam mana pula tu???sebab saya pernah buat macam tu dan pernah terkena...jangan ikut perangai ni..tidak bagus dan tidak manis...haha...buat-buat tidak tahu jak lah kan...lagi aman damai...ini lagilah teruk...tapi betul kah buat macam tu, hati kan jadi tenang???rasanya lagi tambah jiwakacau adalah...
sepatutnya, sekurang-kurangnya minta maaf lah...lega lah hati..walaupun tidak dimaafkan..apa boleh buat lah kalau macam tu...yang penting hati ikhlas dan benar-benar mahu meminta maaf...
memafkan orang tu kan, sifat yang mulia....lagi di sukai..tapi seboleh-bolehnya, kita sesama manusia tak kira bangsa, agama, budaya elakkan lah diri dari bersengketa, dengki- mendengki, hasut-menghasut, benci-membenci, dan yang paling dasyat lagi fitnah..akhir kalam, saling berpesan-pesanlah dan saling ingat-mengingatilah sesama kita..ini bukan sekadar menasihati juga untuk memperingati diri sendiri yang selalu lupa, lupa dan lupa.....




bersama my sweetheart..Arianah Zafrah..sayang arianah..love u, love auntie Sabirah...

langkah pertamaku...

assalamualaikum...

first time blogging..test-test..